Manchester United Bersedia Untuk Mengaktifkan Klausa Dalam Kontrak Anthony Martial!




Manchester United bersedia untuk melanjutkan kontrak Anthony Martial dengan mengaktifkan klausa dalam kontraknya bersama kelabnya. 
Pemain Perancis itu mempunyai baki kontrak bersama The Red Devils sehingga tahun 2019 selepas menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan kelab itu berikutan perpindahannya bernilai £ 36 juta dari Monaco pada tahun 2015.
Martial telah banyak dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford dan ejennya mengesahkan pada akhir musim lalu bahawa kliennya itu ingin meninggalkan kelab tersebut selepas gagal mendapat peluang bermain selepas ketibaan Alexis Sanchez pada bulan Januari. 
United menerima tawaran dari Juventus, Chelsea, Arsenal dan Tottenham untuk Martial tetapi Daily Star mengatakan United akan mengaktifkan klausa dalam kontraknya untuk mengekalkan dia di kelab sehingga sekurang-kurangnya tahun 2020.
Itu akan memberi United lebih banyak masa untuk berunding mengenai perjanjian baru dengan bintang Perancis itu dan The Red Devils telah yakin untuk bersetuju dengan terma baru pada bulan Januari yang lalu. 
Sekiranya Martial tidak menandatangani sebarang perjanjian baru, dia boleh dijual pada musim panas akan datang ketika dia memasuki tahun terakhir dalam kontrak semasanya di Old Trafford.
Mourinho tampil untuk menolak khabar tentang Martial bakal meninggalkan kelab itu pada musim panas ini minggu ini dengan mendedahkan bahawa pemain Perancis itu akan memulakan musim depan dengan ketiadaan Jesse Lingard, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford kerana penyertaan mereka dalam Piala Dunia.
Mourinho berharap untuk membawa masuk sekurang-kurangnya satu lagi pemain pada musim panas ini untuk menyertai pemain baru di kelab tersebut iaitu Diogo Dalot, Lee Grant dan Fred. 
United berminat untuk mendapatkan pertahanan tengah Spurs Toby Alderweireld dan mahukan 'back-up' untuk Lukaku di bahagian serangan.