Pemain Sasaran United, Harry Maguire Akui Terbuka Meninggalkan Leicester City Bagi Bermain Di Peringkat Tertinggi!




Harry Maguire telah membuka pintu untuk perpindahan ke Manchester United musim panas ini dengan mengakui bahawa 'semua orang mahu bermain di peringkat tertinggi'. 
Pemain berusia 25 tahun itu ditandatangani oleh Leicester City dari Hull dalam perjanjian bernilai £ 17 juta pada musim panas yang lepas dan mempunyai musim debut yang hebat buat pasukan The Foxes. 
Maguire kemudian diikuti dengan satu siri persembahan yang cemerlang untuk pasukan England di Piala Dunia musim panas ini.
Dan kini pemain pertahanan tengah itu berada dalam senarai pendek untuk perpindahan musim panas bagi pasukan United dengan Jose Mourinho kelihatan mahu menambah pilihan di bahagian pertahanannya. 
Maguire baru sahaja berpindah dan masih mempunyai baki empat tahun dalam kontrak semasanya bersama Leicester, yang bermaksud United perlu membayar sekitar £ 65 juta untuk mendapatkan tandatangan pemain pertahanan itu.
Dan meskipun Maguire memuji Leicester atas sokongan yang diberikan oleh mereka, dia juga mengakui bahawa dia akan menyambut peluang untuk menyertai perjuangan United untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini. 
"Setiap pemain mahu bermain di peringkat tertinggi," kata Maguire kepada The Sun. 
"Saya baru kembali dari bermain di Piala Dunia, di mana saya sangat menikmati bermain dengan tekanan yang tinggi dalam permainan.
"Ia adalah sesuatu yang saya benar-benar berjaya lakukan. 
"Leicester adalah luar biasa untuk saya dan saya sangat gembira berada di sana tetapi saya juga seorang pemain yang bercita-cita tinggi dan semua orang mahu bermain di peringkat yang tinggi."