Hudson-Odoi Ditawarkan Kontrak Baru Serta Tempat Dalam Skuad Utama Chelsea Musim Depan!




Callum Hudson-Odoi telah ditawarkan kontrak jangka panjang baru oleh Chelsea, serta tempat dalam skuad utama bagi pasukan Maurizio Sarri untuk musim baru nanti, menurut laporan. 
Pemain berusia 17 tahun itu, yang telah menghabiskan masa 11 tahun di Chelsea, yang hanya menandatangani kontrak profesional pertamanya pada November yang lalu. 
Hudson-Odoi telah memainkan peranan utama dalam akademi Chelsea di mana dia telah memenangi Piala Pemuda FA sebanyak dua kali, serta kejuaraan Liga Perdana Bawah-18 tahun lepas.
Penyerang itu diberi peluang untuk membuat penampilan sulungnya bersama skuad senior Chelsea ketika di bawah Antonio Conte pada bulan Januari lalu dan membuat empat penampilan bersama pasukan utama Chelsea musim lepas.
Menurut Goal, Chelsea telah menawarkan Hudson-Odoi kontrak baru selama lima tahun serta tawaran tetap ke skuad utama Chelsea pada musim depan.
Laporan itu juga mendakwa bahawa Gianfranco Zola, pembantu baru Sarri di Stamford Bridge, telah memainkan peranan penting dalam menonjolkan bakat Hudson-Odoi dan menggesa pihak atasan kelab tersebut untuk mengekalkan pemain berusia 17 tahun itu. 
Hudson-Odoi, yang telah menarik minat dari Benfica dan Juventus, masih belum lagi bersetuju dengan tawaran Chelsea itu.
Pemain muda itu telah memberi impak segera kepada Sarri dan pasukan Chelsea dengan mempamerkan aksi yang mengagumkan dalam kemenangan 1-0 ke atas Perth Glory pada hari Isnin. 
Hudson-Odoi membuat bantuan gol untuk Pedro bagi gol kemenangan pada babak pertama dan kelihatan begitu berbahaya dalam tempoh 45 minit dia di atas padang.