Maurizio Sarri Meletakkan Robert Lewandowski Sebagai Sasaran Utama Dan Bukannya Gonzalo Higuain!




Maurizio Sarri telah menjadikan Robert Lewandowski sebagai keutamaan No. 1nya untuk baki jendela perpindahan musim panas, menurut laporan. 
Pengurus Chelsea yang baru itu terdesak unutk mendapatkan penyerang Bayern Munich yang bernilai £ 80 juta, yang juga merupakan antara pemain yang paling dikehendaki oleh semua kelab di seluruh Eropah.
Bukan satu rahsia lagi bahawa Lewandowski sedang mengintai perpindahan keluar dari kelab gergasi Bundesliga itu, walaupun Bayern enggan menjualnya tanpa mendapatkan sebarang pengganti.
Chelsea bertekad untuk menambah penyerang ke dalam skuad mereka, dengan Gonzalo Higuain pemain paling kuat dikaitkan dengan kelab itu.
Bagaimanapun, Lewandowski merupakan pilihan pertama Sarri dan berharap para perunding Chelsea dapat melengkapkan perpindahan tersebut, menurut Daily Star. 
Dengan tingkap perpindahan bakal ditutup pada 9 Ogos ini, Sarri dan Chelsea menghadapi persaingan sengit untuk mendapatkan sebarang persetujuan untuk pemain tersebut, terutama dengan pendirian Bayern yang tidak mahu menjualnya. 
Mereka juga perlu bersaing dengan minat yang ditunjukkan dari pelbagai kelab utama di seluruh Eropah.
Manchester United adalah pasukan yang sudah lama mengintai pemain antarabangsa Poland itu, walaupun ia difahamkan bahawa dia tidak berminat untuk berpindah ke utara England. 
Paris Saint-Germain dan Real Madrid juga sedang memburu penyerang tersebut, dengan difahamkan kedua pasukan ini antara destinasi paling ideal bagi Lewandowski.