Everton Mahukan Marcos Rojo Di Goodison Park!




Everton telah menyertai perlumbaan untuk mendapatkan pertahanan Manchester United, Marcos Rojo, sumber memberitahu ESPN FC.
Pemain antarabangsa Argentina yang cedera itu telah kembali ke Manchester berikutan cuti pasca Piala Dunia dan bukannya menyertai skuad yang lain di Amerika Syarikat ketika spekulasi tentang masa depannya masih tidak menentu.
Sumber memberitahu ESPN FC bahawa United terbuka untuk menerima tawaran bagi pemain berusia 28 tahun itu, yang baru sahaja menandatangani kontrak baru pada bulan Mac lalu, dan pemain itu mempertimbangkan pilihannya selepas tidak begitu kerap bermain dalam kesebelasan utama pada musim lalu.
Dia hanya membuat 12 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu dan tidak dimasukkan dalam skuad Jose Mourinho ketika United tewas dalam perlawanan akhir Piala FA kepada Chelsea pada bulan Mei.
Sumber juga memberitahu ESPN FC bahawa pengurus Everton yang baru, Marco Silva berminat untuk membawa Rojo ke Goodison Park, dengan United mungkin menuntut bayaran sekitar £ 15 juta hingga £ 20 juta untuk pertahanan tengah itu, yang menelan belanja sebanyak £ 16 juta ketika dia tiba di Old Trafford dari Sporting Lisbon pada tahun 2014.
Sumber memberitahu ESPN FC bahawa pasukan yang berjaya masuk ke Liga Perdana Wolves juga mempunyai minat sebelum mengubah perhatian mereka kepada sasaran yang lain.
Penjualan Rojo akan menambah dana bagi Mourinho untuk menambah pemain pertahanan tengah yang baru.
Pengurus United mahukan seorang pemain pertahanan tengah dan pemain sayap kanan sebelum tamat jendela perpindahan pada 9 Ogos ini, menurut sumber, dengan pertahanan Leicester Ciy Harry Maguire, Toby Alderweireld dari Tottenham dan Jerome Boateng di Bayern Munich adalah antara nama yang ada dalam senarai The Reds Devil.