Chelsea Beri Amaran Kepada Madrid Bahawa Mereka Tidak Terdesak Untuk Menjual Hazard Meskipun Bayaran Yang Besar!




Chelsea telah memberi amaran kepada Real Madrid bahawa mereka tidak akan terdesak untuk menjual Eden Hazard meskipun melibatkan bayaran yang besar. 
Kelab gergasi La Liga itu bersedia menjadikan Hazard sebagai pemain kedua paling mahal dalam sejarah dengan tawaran sebanyak £ 170 juta untuk bintang Belgium pada minggu depan.
Hazard berminat untuk merealisasikan impiannya untuk berpindah ke Madrid pada musim panas ini tetapi Chelsea tidak tergesa-gesa untuk menjual dan percaya mereka berada dalam kedudukan yang kuat memandangkan pemain berusia 27 tahun itu masih mempunyai kontrak selama dua tahun untuk beraksi di Stamford Bridge.
Madrid mempunyai wang untuk dibelanjakan selepas membenarkan Cristiano Ronaldo berpindah ke Juventus dengan nilai £ 99 juta tetapi Chelsea memberitahu Real bahawa mereka tidak akan terdesak untuk menjual pemain bintang mereka, menurut Mirror.
Sebaliknya, Chelsea sedang memberi tumpuan untuk mengekalkan Hazard di kelab dalam jangka masa yang panjang dan merancang untuk duduk bersama pemain sayap itu sekembalinya dia pada dua minggu akan datang untuk membincangkan mengenai melanjutkan kontraknya di Stamford Bridge.
The Blues yakin bahawa Hazard akan menandatangani kontrak baru yang akan menjadikannya pemain yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab tersebut dengan bayaran gaji sebanyak £ 300,000 seminggu. 
Mengekalkan Hazarad adalah keutamaan nombor satu bagi Sarri berikutan pelantikannya sebagai pengurus baru di kelab tersebut dan pengurus Itali itu berminat untuk bekerjasama dengan bintang Belgium itu pada musim akan datang.
"Dia adalah salah seorang pemain terbaik di Eropah," kata Sarri. 
"Saya harap saya dapat mengembangkannya tetapi ini akan menjadi sangat sukar kerana dia telahpun mencapai tahap yang sangat tinggi."