Liverpool Tidak Akan Menandatangani Domagoj Vida Atau Mana-mana Pemain Pertahanan Tengah Yang Baru!




Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak berhasrat untuk menandatangani satu lagi pertahanan tengah pada musim panas ini - meskipun kecederaan yang dialami Joel Matip.
The Reds telah berulang kali dikaitkan dengan perpindahan untuk pertahanan Besiktas Domagoj Vida dengan laporan baru mengatakan bahawa tawaran sekitar £ 19.5 juta telahpun dibuat untuk mendapatkan pemain tersebut.
Walau bagaimanapun, Liverpool tidak mempunyai sebarang minat terhadap pemain antarabangsa Croatia itu dan dikelirukan dengan spekulasi berterusan yang menghubungkan mereka dengan Vida.
Matip, yang telah diterbangkan pulang dari jelajah ke Amerika, dijangka diketepikan untuk tempoh dua minggu selepas mengalami kecederan dalam kekalahan pada hujung minggu lalu kepada Borussia Dortmund di Charlotte.
Dejan Lovren tidak akan melapor diri balik ke Melwood sehingga enam hari sebelum perlawanan menentang The Hammers ketika dia mengambil cuti yang panjang selepas membantu Croatia layak ke perlawanan akhir Piala Dunia.
Dalam ketiadaan Matip dan Lovren, Klopp masih mempunyai Ragnar Klavan dan Joe Gomez untuk bersaing bagi berganding bersama Virgil van Dijk di pertahanan tengah The Reds.
Liverpool akan bermain untuk perlawanan kedua dalam jelajah mereka di Amerika dengan menentang Manchester City pada hari jumaat, pukul 8 pagi(waktu Malaysia).