Xherdan Shaqiri Membalas Kritikan Neville Dengan Mengatakan 'Mereka Pemain United, Mungkin Mereka Tidak Suka Liverpool'!




Pemain baru Liverpool, Xherdan Shaqiri membalas kembali kritikan terhadapnya dengan dia berjanji untuk membayar semua kepercayaan Jurgen Klopp untuk menandatanganinya.
Pemain antarabangsa Switzerland itu, yang melengkapkan perpindahan bernilai £ 13 juta ke Anfield awal bulan ini, percaya dia telah dikritik secara tidak adil sejak Stoke City tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.
Rakan sepasukannya dari The Potters, Charlie Adam, yang mengalami kegagalan dalam masanya yang singkat di Liverpool pada 2011/12, mengatakan Shaqiri sebagai "pemain bernama besar" yang "tidak pernah menyerlah".
"Saya fikir jumlah jaringan saya bercakap untuk diri saya," kata Shaqiri.
"Saya adalah penjaring terbanyak dalam pasukan itu dengan jaringan dan assist, jadi saya tidak perlu mengatakan apa-apa lagi. Bagi saya, ianya jelas.
"Saya fikir semua orang tahu bahawa saya adalah pemain yang terbaik. Bagi saya, saya tidak mendengar apa yang dikatakan oleh orang lain. "
Pengulas juga melemparkan kritikan kepadanya semasa kempen Piala Dunia dengan Gary Neville melabelkan dia sebagai pemain yang "tidak profesional" dan Phil Neville melabelkan dia "memalukan".
"Mereka pemain Man United, mungkin mereka tidak menyukai Liverpool," katanya tersenyum pada hotel pasukan The Reds menginap di New Jersey.
"Saya tidak tahu, boleh jadi. Sesetengah orang menyukai anda, dan sesetengah orang tidak menyukai anda. Saya tidak mahu mengulas mengenai apa yang dikatakan oleh orang yang saya kenal. "
Shaqiri tahu dia dipandang tinggi oleh mereka yang sangat menyukainya- Klopp dan pengarah sukan Liverpool, Michael Edwards.
Dia mendedahkan bahawa ejennya tetap berhubung dengan The Reds sejak perpindahannya yang gagal pada empat tahun lalu ke Anfield.
Shaqiri mengadakan perbincangan dengan Brendan Rodgers pada Mei 2014 tetapi Bayern Munich enggan berbincang dan dia akhirnya kekal sebelum menyertai Inter Milan pada Januari berikutnya.
"Saya gembira berada di sini akhirnya," katanya.
"Semua orang tahu bahawa beberapa tahun yang lalu saya mahu datang ke sini tetapi untuk beberapa sebab ia tidak berjaya. Akhirnya, saya seorang pemain Liverpool.
"Saya bercakap dengan Brendan pada masa itu sebelum Piala Dunia. Dia menghubungi saya dan saya berminat tetapi Bayern menyekat perpindahan itu. Mereka tidak mahu menjual saya pada masa itu. Mereka berkata 'kami mahu anda berada di sini, anda penting untuk kami'.
"Sudah tentu saya kecewa selepas itu. Sejujurnya, abang saya adalah ejen saya dan sejak itu dia sentiasa berhubung dengan pengarah sukan di sini.
"Setiap pemain mahu bermain di peringkat tertinggi dalam bola sepak. Saya telah bermain untuk beberapa pasukan besar. Saya tahu apa yang diperlukan.
"Saya memenangi banyak kejuaraan bersama Bayern Munich jadi saya tahu bagaimana rasanya berada di peringkat yang tinggi. Saya sangat gembira untuk mendapat peluang ini. "
"Saya memendekkan percutian saya untuk menandatangani Liverpool kerana saya hanya mahu ianya selesai."
Sebelum menghabiskan tiga musim di Stoke, pemain itu diberi jolokan 'Alpine Messi' ketika menentang Klopp di Jerman.
Shaqiri memenangi dua kejuaraan Bundesliga dengan Bayern dan Liga Juara-Juara pada tahun 2013 apabila mereka menewaskan Borussia Dortmund yakni pasukan bimbingan Klopp di perlawanan akhir di Wembley.
"Saya mengagumi Jurgen Klopp sejak sekian lama kerana pasukannya bermain bola sepak yang hebat dan dia adalah orang yang hebat," katanya.
"Adalah penting bagi saya untuk bekerja dengannya dan dengan orang yang berkomunikasi dengan baik dengan watak yang baik.
"Kami telah bercakap mengenai peranan saya. Dia suka saya sebagai pemain dan seperti yang anda ketahui, jurulatih tidak akan mengambil mana-mana pemain  tanpa sebarang tujuan.
"Dia tahu sifat saya, dia telah lama mengenali saya. Saya boleh memainkan semua kedudukan di bahagian depan. Versatiliti akan membantu pasukan. "