Leroy Sane Percaya Chelsea Diibawah Bimbingan Sarri Adalah Ancaman Terbesar City Mengekalkan Kejuaraan!




Pemain sayap Manchester City Leroy Sane telah memuji Chelsea sebagai ancaman terbesar untuk merebut kejuaraan Liga Perdana musim depan, dengan memuji gaya pengurus jurulatih baru Maurizio Sarri. 
Pengurus Itali itu menggantikan Antonio Conte pada musim panas ini selepas berada di Napoli untuk tempoh masa yang agak lama, dan dia dijangka akan menerapkan gaya bola sepak yang lebih menyerang berbanding pengurus sebelum ini.
City berhadapan dengan Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara pada musim lalu, dengan kedua-dua pertemuan itu menghasilkan babak-babak perlawanan yang mendebarkan, dan Sane mengharapkan untuk melihat lebih banyak aksi yang sama pada musim depan.
"Chelsea telah membawa masuk jurulatih yang sangat baik," kata Sane yang dipetik oleh BBC. 
"Cara Napoli bermain pada musim lalu sangat menarik. Kami sangat kepayahan untuk menghadapi mereka.
"Mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan taktiknya tetapi mereka boleh menjadi pasukan yang sangat kuat." 
Ditanya siapa yang akan menjadi ancaman terbesar City untuk mengekalkan kejuaraan musim lalu, dia menambah: "Saya fikir Chelsea."
Chelsea memulakan permainan di bawah bimbingan Sarri dengan kemenangan 1-0 ke atas Perth Glory pada hari Isnin lalu di Australia, dengan pemain baru yang ditandatangani dengan nilai £ 52 juta, Jorginho berjaya melengkapkan 98 hantaran pada babak pertama perlawanan. 
Pemain Itali kelahiran Brazil itu sangat hampir menyertai City, namun memilih untuk bergabung semula dengan Sarri, dan The Blues dijangka akan membuat beberapa lagi penandatanganan baru sebelum jendela perpindahan ditutup dan sedang dalam usaha untuk menandatangani penyerang Juventus, Gonzalo Higuain.