Liverpool Meletakkan Harga Bagi Divock Origi Dan 6 Lagi Pemain Lain Yang Bakal Meninggalkan Anfield!




Liverpool telah meletakkan tag harga bernilai £ 27 juta untuk Divock Origi dengan Jurgen Klopp kelihatannya sudah mula untuk membuat rombakan dalam pasukannya.
Mungkin terdapat sehingga tujuh pemain yang akan pergi dalam tempoh dua minggu terakhir ini- yang berpotensi menjana jualan sehingga £ 100 juta.
The Reds terbuka untuk menjual Divock Origi, yang mengalami kesukaran untuk kembali menarik perhatian sejak kembali dari tempoh pinjamannya di Wolfsburg.
Liverpool mahukan sebanyak 30 juta Euro (£ 27 juta) untuk pemain antarabangsa Belgium itu dengan Valencia berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Danny Ings, Marko Grujic, Sheyi Ojo, Lazar Markovic, Simon Mignolet dan Pedro Chirivella juga dijangka akan berpindah pada jendela perpindahan musim panas ini.
Ings, yang tidak terlibat dalam jelajah pra-musim kelab tersebut ke Amerika, mahukan perpindahan keluar untuk mendapatkan lebih banyak peluang bermain.
The Reds akan menuntut bayaran sebanyak £ 20 juta untuk bekas pemain Burnley itu, yang sedang diintai oleh Southampton, Crystal Palace, Leicester City dan juga Newcastle United.
Klopp tidak mahu kehilangan Ings tetapi faham bahawa alasannya adalah disebabkan mahu mencari cabaran baru.
Masa depan Grujic belum lagi diputuskan. Lazio mahu menandatanganinya secara kekal tetapi Liverpool hanya akan menerima tawaran kira-kira £ 20 juta untuk pemain tengah Serbia itu.
Keutamaan The Reds adalah untuk pemain berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak baru dan kemudian dipinjamkan. Cardiff City sudah mempunyai perjanjian secara pinjaman yang dipersetujui secara prinsip.
Liverpool akan memberi bayaran £ 15 juta untuk Ojo, yang menghabiskan sepanjang musim lalu di Fulham. Sekiranya harga yang diminta tidak dipenuhi maka langkah pinjaman mungkin akan dibenarkan.
Pemain sayap The Reds Markovic bernilai sekitar £ 7juta dan dia telah menjadi sasaran bagi pasukan Anderlecht, Leganes dan Getafe.
Liverpool telahpun menjual Danny Ward ke Leicester City dengan harga £ 12.5 juta dan mereka akan mendapatkan bayaran yang sama untuk Mignolet.
Fulham telah dikatakan berminat untuk mengetahui tentang penjaga gol Belgium itu tetapi mungkin terhalang disebabkan harga yang terlalu tinggi.
Nottingham Forest dan Swansea City telah menunjukkan minat mereka terhadap Chirivella. Pemain muda Sepanyol itu, yang telah dipinjamkan ke Willem II pada musim lalu, bernilai kira-kira £ 5 juta.
Pengarah sukan The Reds, Michael Edwards telah membantu banyak dalam penjualan serta pembelian pemain bagi pasukan Liverpool sejak kebelakangan ini.
Penjualan bagi Andre Wisdom (£ 4.5m, Derby), Kevin Stewart (£ 8m, Hull), Mamadou Sakho (£ 26m, Crystal Palace), Sergio Canos (£ 4.5m, Norwich), Jordon Ibe (£ 15m, Bournemouth) Brad Smith (£ 6m, Bournemouth), Luis Alberto (£ 6m, Lazio), Tiago Illori (£ 3.75m, Reading) telah membantu meningkatkan dana perpindahan bagi pasukan bimbingan Klopp.
Pemain muda Liverpool, Taiwo Awoniyi, yang menandatangani kontrak jangka panjang minggu lalu, telah menyertai kelab liga Belgium Gent dalam perjanjian pinjaman jangka panjang.