Arsenal Mahukan Yann Sommer Untuk Bersaing Bersama Bernd Leno Di Emirates!




Arsenal berada dalam 'perbincangan lanjut' untuk menyelesaikan perpindahan mengejut bagi penjaga gol Borussia Mönchengladbach Yann Sommer. 
Unai Emery telahpun menandatangani lima pemain baru setakat musim panas ini termasuk perjanjian untuk mendapatkan penjaga gol Jerman Bernd Leno tetapi dia mahukan persaingan untuk semua posisi dalam pasukannya.
Kedua-duanya David Ospina dan Petr Cech mungkin akan meninggalkan The Gunners berikutan ketibaan Leno dan laporan Marca  mendakwa Arsenal semakin hampir dengan perjanjian untuk membawa Sommer untuk bersaing dengan pemain antarabangsa Jerman itu. 
Sommer adalah salah seorang pemain terbaik bagi pasukan Switzerland di Piala Dunia 2018 dan pada usia 29 tahun itu dia sudah bersedia untuk meninggalkan Jerman, di mana dia telah menghabiskan selama empat tahun dengan Gladbach.
Cech dikaitkan dengan perpindahan sensasi ke Stamford Bridge dengan penjaga gol utama Chelsea, Thiabaut Courtois yang semakin berkemungkinan akan menyertai Real Madrid. 
Opsina telahpun diberitahu untuk meninggalkan Emirates pada musim panas yang lalu oleh Arsene Wenger dan pemain Colombia itu berpendapat bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk berpindah pada masa ini selepas dia semakin jauh daripada ketinggalan untuk aksi bersama kesebelasan utama The Gunners.
The Gunners terbang ke Singapura hari ini untuk memulakan jelajah mereka ke bahagian timur dan Mesut Ozil dijangka menyertai rakan sepasukannya pada perlawanan pertama. 
Bintang Jerman memendekkan percutiannya dalam usaha untuk meningkatkan prestasinya menjelang musim baru nanti.