Barcelona Percaya Willian Bakal Menyertai Manchester United Selepas Menurunkan Harga Bagi Bintang Brazil Itu!





Barcelona percaya Willian akan menyertai Manchester United musim panas ini selepas Chelsea menurunkan harga permintaan untuk bintang Brazil itu, menurut laporan di Sepanyol. 
Awal minggu ini, Barca menewaskan Roma dalam perebutan untuk menandatangani pemain sayap Brazil Malcom dari Bordeaux.
Roma telah mendahului dalam usaha untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun itu dengan mencapai persetujuan dengan Bordeaux, tetapi juara Sepanyol itu merampas perpindahan itu dengan membuat tawaran £ 36.5 juta dalam tempoh 11 jam kemudian. 
Sebelum mendapat Malcom, Barcelona berminat untuk menandatangani Willian tetapi sudahpun membuat beberapa tawaran yang ditolak oleh Chelsea. 
Chelsea telah menetapkan nilai sebanyak £ 70 juta sepanjang musim panas ini dan Barca tidak bersedia untuk memenuhi syarat mereka setelah tawaran £ 60juta mereka ditolak.
Tetapi menurut Mundo Deportivo, pihak atasan Chelsea bertemu dengan Barca setelah mengetahui tentang percubaan mereka untuk menandatangani Malcom dengan menawarkan Willian kurang daripada harga mereka minta iaitu dibawah harga £ 70 juta. 
Laporan itu mendakwa bahawa penurunan harga oleh pihak Chelsea telah memastikan Willian bakal menyertai Manchester United musim panas ini.
Chelsea juga telah menolak tawaran Barcelona sebanyak £ 42 juta ditambah dengan Andre Gomes untuk mendapatkan Willian. 
Tetapi keputusan Chelsea untuk berunding semula dengan Barcelona menunjukkan bahawa mereka tetap terbuka untuk menjual Willian sebelum tamatnya jendela perpindahan.