David De Gea Tidak Lagi Berminat Untuk Perpindahan Ke Real Madrid!




Bintang Manchester United, David De Gea telahpun menamatkan impiannya untuk menandatangani Real Madrid selepas melalui mimpi buruk pada musim panas ini bersama pasukan Sepanyol. 
Pemain berusia 26 tahun itu, yang dianggap sebagai penjaga gol terbaik di dunia, membuat hanya satu penyelamatan bola dalam empat perlawanan ketika Sepanyol disingkirkan oleh pasukan tuan rumah Rusia di peringkat kalah mati.
De Gea mempamerkan aksi kurang baik dalam kejohanan itu dan melepaskan rembatan luar kotak dari Cristiano Ronaldo dalam perlawanan pembukaan Sepanyol menentang Portugal yang berkesudahan seri 3-3. 
Bintang United menerima kritikan teruk di dada akhbar di Sepanyol dengan penyokong meminta agar dia tidak diturunkan untuk perlawanan kedua Sepanyol dalam peringkat kumpulan.
De Gea hampir menyertai Madrid pada tahun 2015 tetapi hanya menyaksikan impiannya itu musnah di saat-saat akhir selepas pasukan gergasi La Liga itu gagal mengemukakan kertas kerja yang diperlukan sebelum tamat tempoh jendela perpindahan. 
Pemain Sepanyol itu menyaksikan perlawanan pertama United musim itu menentang Tottenham tetapi tidak diturunkan oleh Louis van Gaal disebabkan spekulasi mengenai masa depannya yang masih tidak menentu.
Walaupun jelas De Gea mahukan perpindahan itu, para peminat United memahami sebab-sebabnya dan tetap menyebut namanya sepanjang perlawanan yang berkesudahan 1-0. 
Real Madrid masih mengekalkan minat mereka terhadap De Gea sejak itu tetapi kelihatan telah bersedia untuk menandatangani bintang Chelsea Thibaut Courtois dan Manchester Evening News mendakwa bahawa De Gea tidak lagi berfikir tentang perpindahan ke Bernabeu.

Rakan sepasukan Ander Herrera percaya penyokong United telah meyakinkan De Gea untuk terus kekal di Old Trafford. 

"Kami mempunyai saya fikir jumlah peminat terbesar di dunia," kata Herrera dalam lawatan pra-musim United. 
"Mereka sangat setia. Mereka telah menunjukkan kepada dia dan dia tahu dia akan mendapatkan sokongan mereka kembali.
"Saya masih ingat tentang musim panas yang sukar apabila semua orang bercakap tentang Real Madrid dan dia bermain untuk perlawanan pertama di Old Trafford dan semua orang menyanyikan namanya. 
"Dia memberitahu saya 'Ini menakjubkan - mereka adalah yang terbaik."