Stephan Lichsteiner Tampil Pertahankan Granit Xhaka Dan Xherdan Shaqiri!




Stephan Lichsteiner tampil untuk pertahanan Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri berikutan kontroversi mengenai cara mereka meraikan gol semasa kemenangan Switzerland ke atas Serbia. 
Aleksandar Mitrovic membuka jaringan untuk Serbia pada minit ke-5 tetapi percubaan Granit Xhaka berjaya menyamakan kedudukan buat pasukan Swiss di awal babak kedua perlawanan.
Pemain sasaran Liverpool, Shaqiri berjaya menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Switzerland, membawa mereka menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E di belakang Brazil dengan empat mata dengan berbaki satu perlawanan lagi.
Kedua-dua Xhaka dan Shaqiri meraikan gol mereka dengan merujuk helang dua kepala simbolik Albania dengan menggunakan tangan mereka.
Xhaka dilahirkan dalam keluarga Kosovan-Albania dan bapanya, Ragip menghabiskan masa tiga tahun setengah dalam penjara kerana terlibat dalam demonstrasi menentang peraturan pemerintahan Komunis Yogoslavia di Kosovo. 
Kosovo, bekas wilayah Serbia, mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 2008. 
Tetapi ketegangan kekal tinggi di antara kedua-dua negara tersebut apabila Serbia tidak mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara yang merdeka.
Sementara itu, Shaqiri juga dilahirkan di Kosovo dan terdapat bendera mereka yang dicetak pada but kanannya dalam perlawanan menentang Switzerland. 
Peraturan FIFA dengan jelas menyatakan bahawa pemain akan dihukum atas apa-apa kenyataan politik yang mereka buat semasa perayaan mereka tetapi Lichsteiner, yang akan bermain bersama Xhaka di Arsenal musim depan berikutan perpindahannya dari Juventus, tidak melihat ia adalah satu masalah untuk mereka menunjukkan kebanggaan terhadap negara mereka.
"Ia adalah baik. Kenapa tidak? Ini adaah sejarah mereka, "katanya kepada Goal. 
"Peperangan antara mereka sangat sukar. Saya bercakap dengan bapa salah seorang pemain kami yang berasal dari Albania, dan dia memberitahu saya mengenai sejarah ini. Ini lebih daripada bola sepak. Ini lebih daripada bola sepak kerana mereka mempunyai kesempatan ini, perang yang memberikan mereka masalah besar.
"Saya memahami mereka. Saya fikir ia adalah perkara biasa, ia adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Terdapat juga provokasi besar di permulaan permainan dari mereka [Serbia], jadi saya fikir ia adalah perkara biasa. 
"Kami mempunyai banyak tekanan, ia bukan permainan yang mudah bagi kami. Kami mempunyai banyak orang Albania, jadi terdapat banyak sejarah antara Serbia dan Albania. Ia adalah permainan yang sangat sukar untuk mereka secara mental."