Ini Alasan Dan Kata-kata Joachim Low Tidak Menurunkan Mesut Ozil Dalam Kemenangan Jerman Menewaskan Sweden...




Joachim Low menegaskan bahawa dia masih mengharapkan Mesut Ozil selepas memutuskan untuk menggugurkan pemain tengah Arsenal itu dalam kemenangan pasukan Jerman ke atas Sweden pada petang Sabtu. 
Pasukan penyandang juara Piala Dunia sebelum ini bangkit dari ketinggalan hasil gol daripada Ola Toivonen yang meletakkan Sweden di depan pada babak pertama perlawanan.
Tetapi Marco Reus berjaya menjaringkan gol penyamaan buat pasukan Jerman sebelum jaringan menarik dari Toni Kroos pada masa kecederaan membantu pasukan bimbingan Joachim Low mendapatkan kemenangan pertama mereka. 
Sementara itu, Ozil terpaksa menonton sepanjang perlawanan dari bangku simpanan apabila Low memilih untuk tidak menggunakan pemain tengah tersebut dalam perlawanan ini. 
Difahamkan keputusan Joachim Low untuk menggugurkan Ozil adalah semata-mata atas sebab perubahan taktikal kerana pemain tengah itu berlatih tanpa sebarang masalah pada minggu ini.
Pemain berusia 29 tahun itu telah menerima banyak kritikan di atas prestasinya semasa kekalahan 1-0 Jerman ke atas Mexico pada Ahad lalu.
Keputusan untuk menggugurkan Ozil juga menamatkan penampilan pemain tengah itu sebanyak 26 kali berturut-turut buat pasukan Jerman pada kejohanan utama. 
Tetapi Low mendakwa pemain tengah Arsenal itu masih merupakan tonggak utama dalam perancangannya.
'Kami mempunyai persaingan yang sengit antara pemain dalam skuad ini." kata Low. 
"Kami masih memerlukan kreativitinya (Ozil) dalam kejohanan ini."