N'Golo Kante Dipuji Dan Dilabel Mempunyai '15 Paru-paru' Selepas Persembahan Cemerlang Bersama Pasukan Perancis!




Paul Pogba memuji N'Golo Kante sebagai pemain dengan '15 paru-paru ' berikutan persembahan cemerlang pemain tengah Chelsea itu dalam kemenangan Perancis ke atas Peru pada hari Khamis. 
Jaringan dari Kylian Mbappe pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk pasukan Didier Deschamps mendapatkan kemenangan kedua mereka dalam kumpulan C selepas mereka menewaskan Australia dalam perlawanan pembukaan mereka pada minggu lalu.
Kante berganding bersama Pogba di bahagian tengah pasukan Perancis dan memainkan peranan penting dalam menghentikan setiap serangan dari pasukan Peru. 
Dan bintang Manchester United itu ternyata kagum dengan prestasi pemain tengah Chelsea itu.
"Kami semuanya sangat-sangat baik bersama," kata Pogba selepas tamat perlawanan.
"Dengan N'Golo ianya lebih mudah, dia berlari di mana-mana sahaja, dia mempunyai lima belas paru-paru. 
"Permainan bola sepak akan lebih mudah dengan adanya pemain seperti itu. 
"Ini satu persembahan berpasukan yang sangat baik. Apa yang penting ialah menang."
Pemain pertahanan kiri Perancis, Lucas Hernandez juga menyatakan rasa kagum dengan persembahan Kante.
"N'Golo, kamu akan lihat dia di mana-mana, secara tiba-tiba dia boleh keluar dari tanah!" Katanya.
"Secara jelas, ia sangat mengagumkan untuk bermain dengan pemain seperti itu, seseorang yang memenangi kembali bola untuk anda yang saya tidak tahu berapa banyak dalam perlawanan ini. 
"Saya harap dia akan terus seperti ini."