Danny Ings Bakal Tinggalkan Anfield Dan Origi Kembali Untuk Bersaing Dalam Pasukan The Reds!




Danny Ings dilaporkan akan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini dengan dia berusaha untuk menghidupkan semula kerjayanya luar dari Anfield. 
Ings, 25, telah mengalami masalah kecederaan berterusan di Merseyside, dengan mengalami dua kecederaan lutut jangka panjang sejak menyertai kelab itu dari Burnley pada tahun 2015 yang telah menyebabkan dia hanya membuat 14 penampilan di Liga Perdana Inggeris sepanjang tiga musim.
Penyerang itu mempunyai baki dua tahun lagi dalam kontraknya tetapi menurut BBC Sport, dia akan dibenarkan untuk pergi bagi musim 2017-18 dengan Liverpool bersedia untuk menyelesaikannya dengan bayaran yang sesuai.
Peluang Ings untuk menghidupkan semula kerjayanya di bawah Klopp menjadi tipis apabila gandingan trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino menampilkan aksi cemerlang buat The Reds sepanjang musim lalu. Dominic Solanke, yang ditandatangani dari Chelsea pada musim panas yang lalu, adalah pilihan utama Klopp di posisi menyerang tetapi pemain berusia 20 tahun itu akan dicabar untuk memainkan peranan dalam pra-musim dengan Divock Origi akan kembali ke kelab.
Origi, yang ditandatangani berikutan kempen cemerlangnya bersama Belgium dalam Piala Dunia 2014, bermain secara pinjaman di Wolfsburg musim lalu di mana dia menjaringkan hanya enam gol dalam saingan Bundesliga dalam satu musim di mana dia kelihatan tidak selesa dengan kekerapan pertukaran pengurus berlaku.
Tetapi menurut Liverpool Echo, Klopp akan memberikan peluang kepada penyerang itu untuk kembali menghidupkan kerjayanya di Merseyside. Origi akan kembali ke sesi latihan kelab di Melwood pada Isnin depan di mana dia akan berpeluang memikat semula pengurusnya menjelang musim 2018-19 - dengan kepulangan Firmino ditangguhkan kerana komitmen di Piala Dunia.
Sebelum beralih ke Jerman, Origi mencatatkan prestasi terbaiknya pada kempen 2016-17; tujuh gol dari hanya 14 penampilan di Liga Perdana dalam kesebelasan utama dengan empat lagi dalam pertandingan piala.
Liverpool akan membuat penambahan yang signifikan di bahagian tengah mereka pada masa sebelum musim baru bermula dengan Fabinho dan Naby Keita akan tiba di kelab pada bulan depan dengan kelab itu berkemungkinan untuk menghidupkan kembali minat mereka terhadap Nabil Fekir, yang perpindahannya ke Anfield gagal disempurnakan pada bulan Jun yang lalu.