Mourinho Akui Ketiadaan Mkhitaryan Menentang Stoke City Ada Kaitan Dengan Perpindahan...




Jose Mourinho telah mengesahkan ketiadaan Henrikh Mkhitaryan dari skuad Manchester United pada  perlawanan untuk hari Isnin malam adalah disebabkan ketidakpastian mengenai masa depannya di kelab itu. 
Mkhitaryan telah dikaitkan dengan pemindahan Januari ini, dan Arsenal muncul sebagai destinasi yang berpotensi selepas United mahu mendapatkan Sanchez dengan menyertakan Mkhitaryan dalam persetujuan tersebut. United dilaporkan bersedia untuk melepaskan Mkhitaryan untuk bergabung dengan Arsenal dan pemain Armenia itu tidak kelihatan bersama skuad United yang melayan kunjungan Stoke City.
Mkhitaryan bahkan tidak tersenarai sebagai pemain di bangku simpanan, walaupun Mourinho sebelum ini mengatakan bahawa pemain tengah itu akan turun untuk menentang The Potters.
Mourinho menjelaskan: 'Saya akan berbohong jika saya mengatakan ia adalah mengenai keputusan taktikal. Ia hanya melibatkan pilihan pemain yang kita tahu, pada masa ini, mereka mempunyai 100 peratus kepala mereka di Manchester United.
'Tidak ada keraguan tentang masa depan. Saya tidak fikir ianya mudah untuk pemain bermain apabila ada keraguan tentang masa depannya. 
"Ia akan menambah tekanan yang pemain tidak perlukan, jadi saya fikir ia adalah yang terbaik untuk dia dan kami, sementara keraguan itu masih tersebar, untuk melindungi dia."
Mkhitaryan telah mengalami kejatuhannya dalam Skuad United dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan Mourinho berasa bimbang dengan tumpuan dan tahap kecergasannya. 
Mourinho telah menurunkan Mkhitaryan sebagai kesebelasan utama dalam 11 perlawanan  pada Liga Perdana musim ini dan pemain berusia 28 tahun itu telah berada bersama pasukan United untuk empat perlawanan terakhir ini selepas terlepas lima perlawanan sebelumnya.
Menurut laporan lain, Sanchez sudahpun bersetuju untuk berpindah ke United dan ini akan menguatkan lagi bahawa Mkhitaryan bakal ditunjukkan jalan keluar dari Old Trafford.