The Reds Cipta Sejarah Baru Liga Juara-juara! Ini Reaksi Oxlade Chamberlain...




Alex Oxlade-Chamberlain memberitahu BT Sport: "Kami bermula dengan intensiti yang betul, pengurus itu berkata ia akan menjadi permainan yang sukar dan kami tidak boleh berasa selasa.
"Malah pada separuh masa dia mendorong kami untuk berbuat lebih baik dan kami mendapatkan semua yang kami selayaknya dapat.
"Kami sangat klinikal dan menyempurnakan hampir semua peluang kami. Rasanya kami mempunyai banyak gol untuk pasukan kami, kami banyak mencipta peluang.
"Ini adalah pasukan yang berdaya saing, kami mempunyai beberapa keputusan yang tidak berakhir seperti yang dirancang dan saya bersedia setiap kali saya mendapat peluang itu."
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu BT Sport: "Sikap kami mengagumkan - kami bermula seawal masa pertama. 
"Kami menjaringkan gol yang menarik, bermain bola sepak yang cantik dan ia kelihatan seperti mereka tidak begitu baik tetapi ianya sukar untuk bermain menentang kami. Saya sukakan hakikat bahawa kami kekal memberikan fokus pada babak kedua, kami mengawal permainan dan ia adalah persembahan yang sangat matang .
"Anda boleh mengalami kesukaran dalam permainan seperti ini jika anda tidak mempunyai sikap 100%, ia sangat matang. Tujuh gol adalah menakjubkan, tetapi yang paling saya sukakan adalah 'pressing' yang dilakukan, ia sangat baik. Mereka adalah pasukan bola sepak yang baik dan mereka tidak dapat menanganinya.
"Keseluruhannya, persembahan yang sangat bagus."
Kemenangan di tempat lawan dengan tujuh jumlah jaringan telah menghasilkan satu rekod baru. Sebelum ini, rekod kemenangan ialah 6-0 oleh Leeds United ke atas Norwegia Lyn pada Oktober 1969, dan Manchester United terhadap pasukan dari Ireland Shamrock Rovers pada September 1957.
"Saya diberitahu tentang rekod selepas perlawanan dan saya tidak tahu tentang hal itu," kata Klopp.
"Sejarah indah kelab ini sudah sedia terukir dan ia sangat baik untuk pasukan kami mengukir sejarah sendiri buat kelab ini.
"Ia sukar untuk mengalahkan rekod ini. Ia jarang berlaku untuk menang 7-0 tetapi ia menunjukkan kami telah melakukan tugas dengan sangat baik."