Matic Dedahkan Bagaimana Benfica Telah Mengubah Kerjaya Bola Sepaknya...




Nemanja Matic telah mendedahkan impak bermain untuk Benfica dalam kerjayanya sebelum dia  berhadaapan dengan mereka pada hari Rabu dengan Manchester United.
Matic berpindah ke Benfica dari Chelsea, di mana dia sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama ketika mana dia bermain sebagai pemain 'Playmaker'. Sementara itu dengan pasukan gergasi Portugis itu, dia telah berkembang menjadi pemain tengah pertahanan yang sangat dikagumi.
Persembahannya di Portugal berhasil membuatkan Jose Mourinho memutuskan untuk menandatanganinya semula untuk Chelsea dengan nilai £ 21 juta.
Dan Matic kini menjadi pemain utama bagi pasukan United di bawah bimbingan Mourinho, setelah bergabung dengan mereka pada musim panas yang lalu setelah turun dari pasukan di Chelsea.
Tetapi Matic percaya bahawa tanpa 97 penampilannya untuk Benfica di bawah pengurus Jorge Jesus, dia tidak akan menjadi pemain seperti mana hari ini.
'Ketika saya pertama kali datang ke Benfica, pengurus Jorge Jesus memberitahu saya pada hari pertamanya saya akan bermain sebagai No 6 atau sebagai pemain tengah pertahanan,' Matic menjelaskan kepada ManUtd.com.
'Pada awalnya, ia sangat pelik untuk saya kerana saya tidak tahu saya boleh bermain di tempat itu tetapi, perlahan-lahan saya berlatih bersama pasukan dan pengurus menjelaskan kepada saya bagaimana untuk melakukannya.
'Dan selepas banyak kerja keras, sekarang, saya berada di Manchester United, jadi saya mesti melakukannya dengan baik!'

Pemain berusia 29 tahun itu masih mempunyai banyak memori indah bersama The Eagles selepas bermain selama tiga tahun di sana antara 2011 dan 2014.

Walaupun begitu, dia terdesak untuk pergi ke sana bersama United dan mendapatkan tiga mata penuh.

'Ia kelab istimewa, kelab yang saya sayangi,' kata Matic. 'Di Benfica, saya banyak belajar tentang bola sepak dan tekanan bermain untuk kelab besar, kerana mereka adalah salah satu kelab terbaik di Eropah.

'Saya akan menyokong mereka sepanjang hayat saya dan mereka akan mempunyai tempat yang istimewa di hati saya, tetapi, dalam Liga Juara-Juara, saya harap kami boleh mengambil mata daripada mereka.'