Inilah Klausa Pelepasan Dalam Tawaran Kontrak Baharu Untuk Lionel Messi...




Tawaran kontrak baru Lionel Messi dari Barcelona termasuk klausa pelepasan sebanyak € 300million.
Messi ditawarkan satu perjanjian yang akan menyebabkannya tetap berada di Barcelona hingga tahun 2021, tetapi seperti yang dikatakan Messi akan mempertimbangkan persetujuan tersebut selepas kelab gergasi Sepanyol itu melalui jendela perpindahan yang buruk pada musim ini. 
Dia dilaporkan berasa kecewa selepas Neymar dijual kepada PSG dan kegagalan Barcelona untuk mendapatkan bintang Liverpool iaitu Philippe Coutinho.
Harganya, lebih dari £ 276million pada kadar pertukaran hari ini, ia adalah besar untuk seorang pemain berusia 30 tahun, tetapi mungkin tidak begitu keterlaluan memandangkan bayaran perpindahan musim panas yang tinggi untuk Kylian Mbappe dan Neymar.
Manchester City adalah pasukan yang sering dikaitkan dengan perpindahan Messi memandangkan hubungannya yang baik dengan bekas pengurus Barca iaitu Pep Guardiola, yang kini berada di Etihad.
Bagaimanapun, presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu percaya bahawa klausa pelepasan buat masa ini sudah tidak relevan lagi.
Dia memberitahu Sport.es: "Barça tidak akan membuat seseorang pemain itu kekal sekiranya dia memberitahu kami bahawa dia mahu pergi, seperti yang berlaku dalam kelab lain di Eropah.
"Kami mempunyai cara berfikir yang berbeza berbanding dengan kelab lain, kami sentiasa berfikir pemain gembira berada di sini untuk bermain dan beraksi untuk pasukan ini.
"ia adalah sama seperti jika klausa adalah sebanyak 500, 600, 1 000 atau 1 500, kita boleh meletakkan klausa yang kita mahukan kerana jika seorang pemain mahu pergi, kita perlu duduk dan bebincang dengannya untuk melihat bagaimana kita dapat menyelesaikannya.
"Ia adalah apa yang kita terlepas semasa perpindahan Neymar, jika dia melakukannya, pasti ia lebih baik untuk semua orang."