Thomas Tuchel Ke Chelsea Untuk Menggantikan Antonio Conte?




Chelsea telah merisik bekas pengurus Dortmund, Thomas Tuchel atas kemungkinan menggantikan Antonio Conte di Stamford Bridge, menurut laporan sensasi di Jerman.
Pengurus Jerman itu meninggalkan Dortmund pada bulan Mei yang merupakan satu langkah yang tidak dijangka dan dijangka mengambil sabbatikal(cuti panjang) dari bola sepak.
Pengurus berusia 43 tahun itu mempunyai reputasi sebagai salah seorang jurulatih yang menyinar di Eropah selama dua tahun bersama Dortmund dan telah juga dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal untuk menggantikan Arsene Wenger sepanjang musim lalu.
Conte memperoleh kejayaan yang besar semasa musim pertamanya di West London tetapi hubungan antara dirinya dan pihak atasan Chelsea kurang baik sejak berakhirnya musim lalu.
Pemain Itali itu secara terang mengeluarkan rasa tidak puas hati kepada pihak atasan kerana gagal mendapatkan pemain sasaran utamanya dalam jendela perpindahan dan keputusan Conte untuk menandatangani perjanjian baru di kelab itu adalah untuk mendapatkan lebih banyak dana wang (tetapi tidak melanjutkan tempoh kontraknya).
Menurut Sport Bild, pengarah Chelsea, Marina Granovskaia mengetuai usaha untuk melantik Tuchel dan telah mendekati pengurus Jerman itu untuk berpindah ke Stamford Bridge.
Granovskaia dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih besar di kelab itu dalam tiga tahun terakhir dan sangat memainkan peranan penting dalam proses menandatangani Diego Costa ke The Blues.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu disisihkan dari kelab itu dan Conte memberitahunya melalui satu teks bahawa dia tidak lagi berada dalam perancangannya.
Bild tidak meletakkan tempoh masa bila Tuchel boleh menggantikan Conte tetapi mereka mencadangkan kemenangan 2-1 ke atas menentang Tottenham telah menunjukkan sedikit peningkatan positif selepas pra musim yang sukar kelab tersebut dan kekalahan di tempat sendiri menentang Burnley dalam perlawanan pertama.
Luis Enrique, bekas pengurus Barcelona, juga dikatakan telah calon yang disenaraikan tetapi kebolehanTuche dalam berbahasa Inggeris telah memberi kelebihan kepadanya.