"Rashford Di Kesebelasan Utama Tetapi Martial Yang Menjaringkan Gol", Ini Nasihat Mourinho Untuk Dua Orang Bintang Mudanya...




Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah memberitahu Marcus Rashford bahawa dia akan sentiasa menjadi sasaran provokasi di Liga Perdana Inggeris.
United berjaya mengalahkan Swansea dengan kemenangan 4-0 dengan gol masing-masing dari Eric Bailly, Romelu Lukaku, Paul Pogba dan Anthony Martial.
Ini adalah kali pertama untuk 110 tahun apabila United berjaya menjaringkan empat gol dalam  dua perlawanan pembukaan liga mereka.
Tetapi Rashford yang berusia 19 tahun itu mempunyai situasi yang sukar bermain di Stadium Liberty walaupun menunjukkan beberapa aksi yang menarik.
Penyerang England itu menjadi tumpuan penyokong Swansea dari minit pertama mungkin kerana mereka mengingat semula dengan jelas lakonannya di dalam kotak penalti semasa kedudukan seri 1-1 di Old Trafford pada bulan Mei lalu.
Rashford juga kecewa kerana Jonathan Moss tidak mengendahkan beberapa aduan Rashford untuk mendapatkan tendangan percuma ketika dia berada di atas padang, pemain muda itu mendapat teguran serius dari pengadil.
"Saya fikir dia perlu belajar bagaimana cara untuk menikmatinya," kata Mourinho selepas United memastikan kemenangan dengan tiga gol dalam 10 minit terakhir. "Jika dia seorang pemain yang buruk, tiada siapa yang akan cuba menprovok dirinya.
"Mereka melihat kelajuan, bahaya, dan mungkin mereka fikir mereka boleh menjejaskannya dengan melakukan perkara seperti itu.
"Saya fikir jika dia berada di bangku simpanan dan jika dia dimasukkan selama 15 atau 20 minit terakhir perlawanan sekiranya terdapat ruang, saya fikir dia akan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh orang lain.
"Saya fikir dia harus menyesuaikan diri dengannya, dia adalah seorang pemuda Inggeris, seorang anak muda yang bermain untuk pasukan kebangsaan mereka. Oh, saya minta maaf, mereka adalah Welsh!"
Ketika Rashford tersenarai dalam kesebelasan utama untuk dua perlawanan buat masa ini, ia adalah Martial yang berjaya menjaringkan gol dari bangku simpanan.
Martial menggantikan Rashford pada akhir permainan dan, seperti menentang West Ham dalam pembuka musim ini, dia terus menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjaringkan gol dengan sangat kemas. 
"Kami menggunakan dia [Martial] dengan baik dan dia mempunyai sikap yang betul, '' kata Mourinho kepada penyerang Perancis itu, yang telah dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford." Kami mempunyai perbualan mengenai masa depannya di sini dan saya fikir dia mempunyai keserasian yang baik di atas padang dengan Paul dan Romelu.
"Saya rasa dia semakin yakin dan mempunyai tempoh 20 minit bermain dan menjaringkan dua gol itu adalah sangat baik."
Mourinho berkata sebelum perlawaanan menentang Swansea, dia mempunyai kepercayaan pada Martial dan menjangka dia akan menjadi lebih baik daripada musim lalu.
"Sudah tentu dia mahu bermain, bermula dalam kesebelasan utama, dipilih untuk pasukan kebangsaan dan pergi ke Piala Dunia," kata Mourinho. "Itu bagus dan bagi saya ia mudah.
"Saya tidak boleh bermain Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan mendapatkan piala hanya dengan 11 orang pemain. Saya perlukan satu pasukan.
"Dia berusaha dengan baik dan mungkin sekumpulan kecil penutur bahasa Perancis seperti Paul, Romelu dan Marouane [Fellaini] dapat membantunya.
"Dia sangat terintegrasi sekarang, mereka membawanya untuk meningkat dan tahapnya semakin bertambah baik."
Manchester United akan meneruskan perlawanan ketiga Liga Perdana Inggeris apabila menentang bekas juara Leicester City di Old Trafford. Dengan prestasi cemerlang Martial, ia masih menjadi tanda tanya adakah Martial atau Rashford akan tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan The Reds Devil.