Isu Perpindahan, Costa Akhirnya Bersuara...




London, - Penyerang kontroversi Chelsea, Diego Costa, yang hangat diperkatakan dalam jendela perpindahan dikhabarkan telah menolak tawaran dari kelab Serie A Itali, AC Milan.
Sebelum ini, pemain yang berasal dari Sepanyol itu telah dikhabarkan bakal menandatangani Rossoneri  yang menunjukkan minat untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut dalam tempoh terdekat ini. 
Tetapi malang buat Milan apabila Costa sendiri menyatakan tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran dan menandatangani kontrak bersama AC Milan. 
Selain itu Costa juga dikatakan mempunyai keinginan untuk kembali semula kepada bekas kelabnya iaitu  Atletico Madrid.
Semua khabar berkaitan dengan Costa adalah berpunca daripada pihak The Blues yang dianggap tidak menghargai apa yang telah disumbangkannya kepada kelab selama berada di Stamford Bridge. Pembelian Morata baru-baru ini mengukuhkan lagi bahawa kerjaya Costa di Chelsea telah berakhir. 
Dalam sebuah temu ramah, Costa mengatakan “Saya memang sama sekali tidak tertarik dengan tawaran Milan.”
“Saya menegaskan disini, saya tidak memikirkan tentang wang. Saya hanya ingin kembali bermain semula bersama dengan Los Rojiblancos.”
“Jadi saya berharap orang ramai tidak terlalu percaya dan terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang tersebar pada masa kini.”