Kembalinya Liverpool Satu Ancaman Besar Di Liga Juara-juara - Torres





Fernando Torres mengalu-alukan bekas kelabnya Liverpool kembali ke persaingan elit Eropah dan merasakan kedatangan Liverpool akan memberi ancaman besar untuk musim depan. 

Pemain Sepanyol itu tampil menentang Reds pada final Piala Audi hari Rabu lalu, di mana pasukan Atletico Madrid itu telah muncul sebagai pemenang menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1. 

El Niño berharap bekas pasukannya itu dapat melepasi perlawanan 'playoff' Liga Juara-Juara yang akan datang dan sekali lagi bersaing bersama dengan kelab-kelab terkemuka. 

"Ia sungguh menarik sekiranya Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara dan diharapkan mereka dapat melalui dua perlawanan yang perlu mereka hadapi. Ia sangat baik untuk bola sepak secara umumnya sekiranya Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara dan siapa tahu, kita boleh saling berhadapan, "katanya kepada Liverpoolfc.com.

"Musim lalu adalah musim yang sangat baik dengan beberapa 'ups' dan 'downs', tetapi saya fikir mereka telah menunjukkan mereka boleh menjadi pasukan yang hebat. Mereka telah lebih setahun bersama dan jika mereka dapat menyimpan semua pemain mereka dan memastikan semua tahu apa yang mereka boleh lakukan, diharapkan mereka dapat terus memperbaiki dan melakukan lebih baik daripada musim lalu. "

"Apabila anda bermain menentang pasukan teratas di persaingan Eropah, anda perlu konsisten dan saya fikir mereka melakukan dengan baik dan lebih baik setiap tahun, dan jika mereka dapat melakukannya usaha lebih baik lagi musim ini, mereka boleh melakukan perkara yang hebat."

Mempunyai rekod yang luar biasa menyaksikan Torres dihargai oleh The Reds selama tiga tahun setengah di kelab itu dan dianggap sebagai penyerang paling menggerunkan yang pernah menyarung jersi Liverpool.

Pemain berusia 33 tahun itu menjaringkan 81 gol dalam 142 penampilan untuk The Reds dan memainkan peranan penting dalam pasukan Liverpool di bawah bimbingan Rafa Benitez yang hampir memenangi gelaran Liga Perdana dalam kempen 2008/2009.

Walaupun dia menyakiti hati peminat The Reds pada tahun 2011 dengan berpindah ke Chelsea, sebarang kemarahan di kalangan peminat nampaknya telah hilang apabila ramai yang mendapati mereka perlu menghargai betapa hebatnya dia(Torres) sepanjang berada di Merseyside.

Pertemuan dengan Atletico dan bekas pemain No.9 di Anfield dalam Liga Juara-Juara akan menjadi detik yang istimewa.