Dari Balapan Ke Padang Bola, Bolt Kembali Dikaitkan Ke United




Manchester, – Pelari pecut terkenal dunia, Usain Bolt, mengatakan bahawa dia sebenarnya menunggu panggilan daripada pengurus Manchester United, Jose Mourinho untuk membolehkan dia bermain di kelab kesukaannya, Manchester United, sebelum tertutupnya jendela perpindahan musim panas ini.
Bolt yang kini sedang membuat persediaan diri sebelum bermulanya kejohanan terakhirnya di IAAF World Camphionships di London.
Dengan sudah usia mencecah 30 tahun, Bolt sudah beberapa kali memenangi pingat emas dalam pelbagai acara dunia dan yang pasti dia adalah peminat fanatik United. Dia meminati kelab tersebut dan mempunyai impian untuk datang ke Old Trafford serta berharap supaya Mourinho memanggilnya untuk bermain di sana. 
“Semua orang tahu, saya selalu mengatakan tentang bermain bola sepak, saya menunggu panggilan daripada Mourinho,” kata Bold pada media. 
“Saya berasa dia menunggu sehinggalah ke hari terakhir jendela perpindahan.”
Kejuaraan dunia yang diikuti Bolt akan bermula di Olympic Stadium, London pada hari Jumaat, waktu tempatan.