Adakah Arsenal Bakal Kehilangan Sanchez Dengan Pengakuan Ini?





Santiago,  – Pemain sensasi kelab gergasi liga Inggeris Arsenal iaitu Alexis Sanchez menyatakan bahawa dirinya tidak akan berada di Emirates stadium untuk tempoh yang lama lagi. 
Hal ini timbul apabila pemain kebangsaan Chile itu mengatakan hanya ingin bermain bersama kelab yang bermain dalam perlawanan merebut liga juara-juara atau Champion League dan dilaporkan bahawa yang mungkin mendapatkan tandatangannya ialah kelab Manchester City yang sanggup membayar permintaan gaji sebanyak 400 000 ribu pound seminggu.
Dengan itu, bekas bintang Barcelona itu mungkin sahaja dalam proses untuk meninggalkan Emirates memandangkan pemain tersebut tidak bersama dalam pasukan yang mengikuti pra musim The Gunners.
“Saya sudah membuat keputusan, dimana saya perlu menunggu tindak balas dari pihak Arsenal,”
“Semuanya bergantung kepada mereka masa ini, apa yang mereka inginkan tetapi keinginan saya adalah untuk bermain di Liga Juara-juara dan memenanginya.
“Untuk sekarang saya masih di Arsenal dan saya akan menghabiskan baki kontrak saya dalam satu tahun.”Kata Alexis Sanchez kepada media.