MARK NOBLE - "Penghormatan Selayaknya Buat Joe Hart"





London, – Pemain terkenal dan juga ketua pasukan West Ham United, Mark Noble mengatakan bahawa Joe Hart yang kini memperkuatkan Manchester City layak diberikan penghormatan.
Beliau sudah membuat beberapa penampilan yang cemerlang bersama pasukan kebangsaan England dan juga The Citizens terutama sekali dalam membantu pasukan tersebut menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali, FA Cup satu kali dan piala liga sebanyak dua kali. Namun begitu, penampilan yang kian merundum menyebabkan dia mendapat pelbagai kritikan sehingga dia dipinjamkan ke Torino untuk musim 2016/2017. 
Untuk musim kali ini, setelah selesai tempoh pinjamannya bersama Torino, nampaknya Joe Hart dikatakan mungkin akan berpindah secara tetap kerana tidak berada dalam perancangan pengurus baru kelab tersebut Pep Guardiola. Khabar angin menunjukkan bahawa West Ham United bersedia untuk menandatanganinya pada musim panas ini.
“Pada pendapat saya, Hart sudah melalui beberapa kesukaran untuk tempoh beberapa musim ini,”
“Namun, dia merupakan satu pemain yang menarik untuk liga Inggeris dan kelabnya selama 10 tahun.
“Dan untuk itu dia selayaknya diberikan penghormatan sebaiknya”Kata Mark Noble kepada media.