Didier Drogba : 'Frank Lampard Calon Terbaik Ganti Sarri Sebagai Pengurus Baru Chelsea'




Didier Drogba percaya Frank Lampard merupakan pilihan terbaik untuk menggantikan Maurizio Sarri sebagai pengurus Chelsea yang akan datang, dengan pengurus Itali itu akan menyertai Juventus. 
Juara Serie A itu dijangka akan mengumumkan kedatangan Sarri dalam beberapa hari akan datang selepas bersetuju untuk membayar pampasan dengan Chelsea bernilai sekitar £ 5 juta. 
Chelsea telah dikaitkan dengan pelbagai nama untuk menggantikan Sarri, walaupun legenda The Blues dan pengurus Derby County buat masa ini Lampard adalah pilihan yang jelas untuk tugas tersebut.
Dan walaupun hanya mempunyai pengalaman dalam pengurusan selama hanya satu musim - di mana dia tewas dalam perlawanan akhir 'play-off' menentang Aston Villa - Drogba berkata Lampard adalah calon yang sesuai. 
"Saya rasakan dia adalah pilihan yang sangat baik untuk kelab itu," legenda Ivory Coast itu memberitahu wartawan ketika dia bersedia untuk bermain dalam perlawanan 'Soccer Aid'. "Dia telah melakukannya dengan baik bersama Derby, membawa pasukan itu ke perlawanan play-off."
Bercakap sama ada pengalaman satu musim sudah mencukupi untuk Lampard, Drogba menambah: "Jadi dia tidak akan pernah bersedia, bukan? Adakah dia perlu menunggu sehingga dia bersedia? 
"Saya fikir ia bergantung kepada pengalaman anda dan bergantung kepada keinginan anda untuk berjaya dan melakukannya. Sekiranya dia berasa bersedia, saya tidak fikir ia terlalu awal."
Michael Essien, yang juga akan bermain dalam perlawanan 'Soccer Aid' di Stamford Bridge, juga ditanya sama ada Lampard layak untuk mengambil alih tugas pengurus di Chelsea, dia menjawab: "Mengapa tidak? Apa sahaja boleh berlaku - bola sepak penuh dengan kejutan. 
"Jika dia datang kemudia dia berjaya ia adalah kerana dia tahu akan kelab ini dan semua orang di sekelilingnya jadi dia akan melakukan pekerjaan yang baik."