Pengakuan Jujur Philippe Coutinho Mengenai Kerjayanya Di Barcelona Menjelang Aksi Copa America!




Philippe Coutinho mengakui bahawa dia telah gagal untuk memenuhi jangkaan di Barcelona selepas mengalami musim yang sangat mengecewakan untuk musim 2018-19. 
Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pembelian rekod termahal buat Barcelona ketika menyertai mereka dari Liverpool dalam perjanjian bernilai £ 142 juta pada Januari 2018 dan dijangka bakal menggantikan Neymar dalam pasukan Ernesto Valverde. 
Berikutan pembukaan enam bulan yang cemerlang di Sepanyol, namun, prestasi Coutinho merosot dan dia telah menerima kritikan hebat daripada para penyokong kelab tersebut.
Coutinho, yang kerap menerima teriakan 'boo' dari peminatnya sendiri, hanya berjaya menjaringkan lima gol dan melakukan dua assist dalam 34 perlawanan La Liga musim lalu dan mengakui bahawa persembahannya tidak cukup baik.
Bercakap menjelang perlawanan pembukaan Copa America pasukan Brazil menentang Bolivia pada hari Sabtu ini, Coutinho memberitahu Marca: "Saya tidak mempunyai musim yang baik. 
"Persembahan saya jauh lebih buruk daripada apa yang saya harapkan. Satu-satunya cara adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan keyakinan melalui kerja keras, dan saya akan bekerja keras."
Selepas Coutinho gagal memberi impak dalam kekalahan mengejut di separuh akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan Barcelona tersingkir, kelab itu mahu menjualnya untuk mengimbangi kewangan mereka dalam akaun. 
Menurut ESPN, Barcelona berharap Coutinho akan tampil cemerlang di Copa America supaya mereka boleh menjualnya dengan bayaran sekurang-kurangnya € 100 juta. 
Kedua-duanya Chelsea dan Manchester United dikaitkan untuk membawa dia kembali ke Liga Perdana Inggeris, sementara PSG juga dipercayai memantau situasi pemain tersebut.
Walaupun dengan kesukaran yang dilaluinya, Coutinho menerima sokongan dari rakan sepasukannya di Brazil, Thiago Silva yang berkata: "Coutinho mengalami musim yang sukar di Barcelona. 
"Ianya satu tuntutan dan mereka berteriak 'boo' berkali-kali, tetapi di sini, dia adalah rujukan kami, terutama ketika kami tidak mempunyai Neymar. 
"Dalam dua perlawanan persahabatan kami, dia menjadi pemain terbaik di atas padang, bukan hanya kerana hantaran dan gol tetapi juga dari aspek pertahanannya. Dia mendapat kegembiraannya sekali lagi. "