Aaron Wan-Bissaka dilaporkan telah memberitahu Crystal Palace bahawa dia mahu menyertai Manchester United musim panas ini.
Palace telah menolak tawaran pembukaan dari United sekitar £ 40 juta untuk Wan-Bissaka, 21 tahun, dan the Red Devils sudahpun merancang tawaran seterusnya mereka yang mana bayaran sekitar £ 50 juta.
Ole Gunnar Solskjaer memohon United untuk bergerak lebih dekat dengan harga permintaan £ 60juta dari Palace kerana mempunyai keyakinan terhadap pemain muda itu yang mampu menjadi pengganti untuk Antonio Valencia dalam tempoh sedekad yang akan datang.
Diogo Dalot, yang melengkapkan perpindahan bernilai £ 19 juta dari Porto ke United pada musim panas yang lalu, belum berjaya memenangi kepercayaan Solskjaer, oleh itu minat berterusan meningkat untuk Wan-Bissaka.
Menurut The Sun, Wan-Bissaka berasa 'kecewa' selepas tawaran United ditolak dan telah memberitahu Palace bahawa dia terdesak untuk menyempurnakan perpindahan 'impian' ke Old Trafford.
Walau bagaimanapun, pemain antarabangsa England bawah-21 itu belum mengeluarkan permintaan pemindahan secara formal di Selhurst Park.
Sementara the Eagles tidak mungkin akan mengurangkan harga £ 60 juta untuk Wan-Bissaka, Roy Hodgson memasuki pasaran perpindahan untuk mencari pengganti yang berpotensi sebaik sahaja perjanjian itu dipersetujui bersama United.
Max Aarons dari Norwich, yang turut dalam pemantauan Tottenham, RB Leipzig dan begitu juga United berada dalam radar Palace.
Legenda Palace John Salako menggesa Wan-Bissaka untuk mengelakkan kesilapan yang sama dilakukan Wilfried Zaha dengan menyertai United terlalu awal dalam kariernya.
"Dia mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi satu-satunya kebimbangan saya adalah kami telah membiarkan Wilfried Zaha pergi pada usia yang masih muda dan dia tidak berjaya mengatasinya," kata Salako kepada Love Sport Drive.
"Dia tidak cukup matang dan tidak benar-benar menyesuaikan diri di Man United. Dia akhirnya kembali dan mempunyai persembahan terbaik sejak beliau kembali.
"Dia jelas merupakan salah satu lagi yang dikaitkan dengan perpindahan keluar tetapi saya agak bimbang dengan situasi Aaron.
"Ia merupakan musim penuhnya yang pertama dan ia benar-benar luar biasa.
"Dia tidak boleh berbaring di tempat tidur dan bermimpi mengenai musim pertama yang lebih baik. Dia mungkin memerlukan lebih banyak permainan.
"Ia terlalu awal untuk Aaron. Dia memerlukan musim yang lain.
"Saya tidak terkejut United akan datang kerana mereka mungkin boleh mendapatkannya dengan lebih murah dan mereka fikir mereka perlu melakukan sesuatu sekarang."
Tiada ulasan
Catat Ulasan