'Eden Hazard Pemain Paling Sesuai Untuk Real Madrid' - Fernando Morientes




Bekas penyerang Real Madrid, Fernando Morientes percaya bahawa Eden Hazard akan memperoleh kejayaan besar di Los Blancos apabila dia menyempurnakan perpindahannya dari Chelsea. 
Penyerang Belgium itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan Liga Europa pada Rabu lalu ke atas Arsenal sebelum mengakui bahawa dia kemungkinan akan pergi untuk ke Madrid. 
"Dia seorang pemain yang memberikan perbezaan," kata Morientes kepada Radio MARCA mengenai Hazard. 
"Dengan perwatakan dan cara menyerangnya, dia sangat sesuai untuk Real Madrid." 
Hazard tidak akan menjadi satu-satunya pembelian yang akan di bawa ke Estadio Santiago Bernabeu musim panas ini apabila Real Madrid melihat untuk membina semula skuad mereka. 
"[Real Madrid] perlu membawa masuk pemain yang sesuai dengan sistem jurulatih dan falsafah Real Madrid, "kata Morientes. "Mereka bercakap tentang [Kylian] Mbappe, Neymar, [Harry] Kane, [Paul] Pogba ... dan mereka sedang kerap diperkatakan kerana mereka semua pemain yang sangat baik."