Unai Emery Pertahankan Pemainnya Selepas Kritikan Carlo Ancelotti Dalam Kemenangan 2-0 Arsenal Ke Atas Napoli!




Unai Emery telah membalas kritikan Carlo Ancelotti selepas pengurus Napoli itu mendakwa kelihatan pemain Arsenal yang mengalami kekejangan akan memberi pendorong utama pasukannya menjelang perlawanan kedua suku akhir Liga Eropah minggu depan. 
The Gunners akan bertandang ke Naples dengan kelebihan 2-0 selepas mereka mempamerkan salah satu persembahan terbaik mereka musim ini di bawah pengganti Arsene Wenger itu. 
Walaupun dengan penguasaan mereka, Arsenal mungkin akan menyesal dengan banyak peluang yang tidak disempurnakan, sementara mereka juga beruntung untuk berjaya menamatkan permainan dengan cleansheet memandangkan beberapa peluang keemasan yang disia-siakan oleh Lorenzo Insigne dan Piotr Zielinski. 
Sementara itu, bekas pengurus Chelsea, Ancelotti, mengenalpasti beberapa pemain Arsenal mengalami kesukaran di peringkat akhir perlawanan dan berharap jadual perlawanan Liga Perdana yang padat akan memberi kesan kepada anak buah Unai Emery.
Dia berkata: "Saya fikir bahawa separuh kedua adalah berbeza. Faktanya kami banyak memberi tekanan pada akhir permainan dan kami secara fizikal jauh lebih baik kerana sesetengah pemain mereka mengalami kekejangan. 
"Ini satu lagi perkara yang boleh kita gunakan di Naples."
Arsenal akan berhadapan Watford di stadium Vicarage Road pada hari Isnin ini dengan harapan dapat bangkit semula dalam perlumbaan untuk merebut tempat empat teratas liga selepas kekalahan terakhir Ahad lalu menentang Everton tetapi Emery menolak sindiran Ancelotti dalam perlawanan itu dalam satu sidang media.
Dia berkata: "Saya fikir kami OK. Para pemain selesai dengan keletihan kerana mereka banyak bekerja. Tetapi saya lebih suka menyelesaikan permainan seperti itu dan tidak menyelesaikannya dengan kemungkinan untuk terus bermain. 
"Saya tahu, dan begitu juga pemain, kami perlukan setiap pemain bersedia untuk bermain dan membantu pasukan. Pada hari Isnin, saya pasti kami akan bermain dengan pemain yang berbeza tetapi [cuba] untuk mendapatkan prestasi yang sama. 
"Beberapa pemain selepas bermain dengan memerlukan persembahan secara fizikal, mungkin kita memerlukan sesuatu yang berbeza. Minggu depan ia akan menjadi sama di Naples. 
"Kami akan membuat persiapan untuk hari Isnin ini terlebih dahulu, dan juga memulihkan kembali pemain selepas permainan hari ini dengan memikirkan bahawa kami akan bermain banyak perlawanan [setiap] tiga hari. 
"Kami memerlukan setiap pemain mempunyai komitmen, tingkah laku dan persembahan yang baik."