Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, bersedia untuk melepaskan sekurang-kurangnya enam pemain pada musim panas ini dengan dia mahu membuat rombakan pada pasukan untuk mencabar kejuaraan liga musim hadapan.
Pengurus Norway itu akan diberikan dana yang besar untuk dibelanjakan musim panas ini, tidak kira sama ada kelab itu layak untuk ke Liga Juara-Juara ataupun tidak.
Kelab itu menerima bahawa skuad Solskjaer adalah skuad yang diwarisi dari Jose Mourinho yang mempunyai masalah di kawasan-kawasan tertentu dan menjangkakan jendela musim panas yang belum pernah dilihat lagi di Teater Of Dream sejak Louis van Gaal pertama kali bertanggungjawab pada tahun 2014.
Solskjaer dengan gembira akan melepaskan Matteo Darmian dan Marcos Rojo pergi untuk meningkatkan dananya, sementara Antonio Valencia tidak akan diberikan kontrak perjanjian yang baru.
Eric Bailly gagal menarik perhatian Solskjaer dan kini menjadi pemain pertahanan pilihan keempat buat masa ini. Pengurus Norway itu berminat untuk memperkuatkan pertahanan tengahnya dan ketibaan pemain baru akan membolehkannya dia melepaskan bintang Ivory Coast itu dengan nilai £ 25 juta.
Juan Mata dan Ander Herrera kini sedang dalam rundingan untuk menandatangani perjanjian yang baru dengan kelab tetapi tiada jaminan bahawa kedua-dua pemain itu akan kekal.
Solskjaer mahu mengekalkan kedua-dua pemain itu - terutamanya Herrera - tetapi kelab itu bimbang dia telah bersetuju untuk menyertai Paris Saint-Germain.
Kelab ini juga bersedia memberikan Solskjaer kata akhir mengenai masa depan Alexis Sanchez.
Bintang Chile itu gagal memberikan impak selama 18 bulan berada di kelab itu dan gaji yang dibayar sebanyak £ 450,000 telah menjadi punca beberapa pergeseran berlaku dalam skuad United, dengan ramai pemain kini mahukan tawaran gaji yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, penjualan Sanchez mempunyai beberapa masalah dengan hanya beberapa kelab dalam bola sepak dunia yang mampu membayar gajinya dan yang mampu - terutama sekali di China - tidak memberikan tawaran yang menarik untuk Sanchez pada masa ini.
Solskjaer akan menumpukan usahanya untuk mengukuhkan kedudukan di bahagian pertahanan kiri kanan, pertahanan tengah, pemain tengah dan sayap dengan dana yang akan diperoleh daripada penjualan pemain.
Bintang Dortmund, Jadon Sancho dianggap sebagai keutamaan tetapi perpindahan itu mungkin memerlukan bayaran sebanayak £ 100 juta dan juga bergantung sama ada United mampu untuk berada di kelompok empat teratas liga pada hujung musim ini.
Pemain pertahanan kanan Crystal Palace Aaron Wan-Bissaka adalah sasaran di bahagian pertahanan, sementara bintang West Ham, Declan Rice dianggap sebagai penyelesaian di bahagian tengah untuk United.
Tiada ulasan
Catat Ulasan