Maurizio Sarri mengesahkan bahawa dia mahu Chelsea menandatangani pemain tengah Real Madrid, Mateo Kovacic dengan perjanjian tetap pada akhir musim ini.
Pemain antarabangsa Croatia, Kovacic menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu secara pinjaman pada musim panas yang lalu dan telah membuat 46 penampilan untuk The Blues dalam semua pertandingan.
Prestasi pemain tengah itu telah mendatangkan pelbagai ulasan dari para peminat Chelsea tetapi Sarri mengatakan bahawa dia mahu bintang Croatia untuk mengubah status pinjamannya menjadi perpindahan tetap.
"Saya mahu mencuba dengan Kovacic. Ia hanya dipinjamkan, sudah tentu, tetapi saya sangat sukakan Kovacic akan kekal bersama kami," kata pengurus Itali itu.
"Anda mengetahuinya dengan baik bahawa, dalam posisi ini, kami mempunyai beberapa masalah kerana kami hanya mempunyai Jorginho. Pada pendapat saya, Kovacic boleh menjadi pemain tengah yang sangat baik.
"Sudah tentu, dia bukan pemain tengah pertahanan (pada masa ini) tapi, seperti yang anda ketahui, untuk posisi ini saya lebih sukakan pemain yang sangat teknikal.
"Dalam perlawanan terakhir, Jorginho menyentuh bola sebanyak 161 kali. Jadi, bagi kami, ianya sangat penting untuk mempunyai kualiti yang tinggi bermain dalam posisi itu. Kualiti yang hebat bukan pada hantaran terakhir, tetapi kualiti hebat adalah dari segi cara menggerakkan bola. "
Ditanya sama ada The Blues harus memenangi setiap perlawanan untuk menamatkan musim ini di kedudukan empat teratas, Sarri menjawab: "Tidak, kerana saya rasa bahagian terakhir musim ini akan menjadi sangat sukar bagi setiap pasukan.
"Kami hanya perlu berjuang dan memikirkan tentang perlawanan kami, dan kemudian saya fikir kami perlu berjuang sehingga minit terakhir di perlawanan terakhir. Tetapi ianya tanpa melihat hasil perlawanan yang lain, saya fikir. "
Hanya tiga hari selepas perlawanan West Ham, Chelsea akan bergerak ke Republik Czech untuk menghadapi Slavia Prague dalam saingan suku akhir aksi Liga Europa.
Tiada ulasan
Catat Ulasan