Eric Bailly Ada Dalam Senarai Zinedine Zidane!




Zinedine Zidane memberitahu Real Madrid bahawa dia mahu membawa Eric Bailly ke kelab itu musim panas ini, menurut laporan. 
Pemain pertahanan tengah Manchester United itu dijangka akan dilepaskan pada penghujung musim selepas bergelut dengan kecederaan dan tidak menjadi pilihan utama pada tahun lepas. 
Bailly merupakan pembelian pertama Jose Mourinho sebagai pengurus United, tetapi telah mendapati dirinya terus tersisih sepanjang musim ini. 
United sedang mencari pertahanan tengah yang baru bukanlah satu rahsia buat Bailly dan rakan sepasukannya, dan Ole Gunnar Solskjaer merancang untuk menandatangani sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan musim panas ini.
The Sun mendakwa Real juga merancang untuk membuat rombakan besar-besaran musim panas ini, dan Bailly telah berada dalam senarai pendek sebagai pembelian berpotensi di bahagian pertahanan. 
Zidane adalah peminat besar Bailly, walaupun alami kesukaran baru-baru ini, dan pengurus Perancis itu secara peribadi meminta pemain berusia 24 tahun itu untuk dimasukkan ke dalam senarai pemain sasaran mereka. 
Bailly menghabiskan kebanyakan masa terbaiknya di Sepanyol bersama pasukan Espanyol sebelum melengkapkan perpindahan ke United pada tahun 2016 selepas tampil cemerlang bersama Villareal.
United bersedia untuk menjual Bailly dengan harga sekitar £ 35 juta, dengan Arsenal juga berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa Ivory Coast itu. 
Bailly hanya mempunyai tempoh 15 bulan lagi dalam kontrak semasanya di Old Trafford, tetapi perbincangan bersama United mengenai kemungkinan untuk memperpanjangkan kontraknya telah ditangguhkan. 
Real telah dikaitkan dengan ramai bintang United sejak Zidane kembali ke kelab itu pada bulan Mac, termasuklah Paul Pogba dan David de Gea.