'Callum Hudson-Odoi Sudah Bersedia Untuk Bermain Dalam Perlawanan Penting Buat Chelsea!' - Maurizio Sarri




Maurizio Sarri mengatakan bahawa Callum Hudson-Odoi bermain dengan 'sangat baik' dalam permulaan Liga Perdana Inggeris pertamanya dan telah membuktikan yang dia sudah bersedia untuk bermain dalam perlawanan 'sangat penting' untuk Chelsea. 
Sarri menurunkan Hudson-Odoi dalam kesebelasan utama buat kali pertama untuk pertembungan menentang Brighton pada petang Rabu dan keputusan itu nyata berhasil apabila bintang remaja itu melakukan bantuan untuk gol pembukaan Olivier Giroud. 
Gol di separuh masa kedua oleh Eden Hazard dan Ruben Loftus-Cheek menyaksikan Chelsea memperoleh kemenangan mudah 3-0 dan bergerak ke atas Manchester United dalam carta Liga Perdana. 
Bercakap kepada BBC Sport selepas kemenangan itu, Sarri memuji Hudson-Odoi atas persembahannya dan berkata dia sudah bersedia untuk bermula dalam perlawanan 'penting' untuk kelab itu.
Dia berkata: "Callum bermain dengan sangat baik dan juga bertahan dengan sangat baik. Beliau telah bertambah baik sepanjang musim ini. Dia sudah bersedia untuk bermain 90 minit dalam perlawanan yang penting. 
"Suasana yang sangat baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat kami. Mereka bersama kami sepanjang 90 minit. "
Mengenai prestasi pasukannya di Stamford Bridge, Sarri menambah: "Kami memainkan bola sepak yang baik. Kami tidak melepaskan apa-apa, hanya satu peluang gol pada minit terakhir perlawanan. 
"Kami melakukannya dengan sangat baik dan menjaringkan tiga gol yang cantik. Dalam perlawanan ini kami bermain sepertimana yang kami lakukan pada bahagian pertama musim ini."
Ditanya adakah prestasi Hudson-Odoi telah memberinya peluang untuk berada dalam senarai pemain menjelang perlawanan berikutnya di Chelsea, di tempat sendiri menentang West Ham pada hari Isnin, Sarri berkata: "Sudah tentu.
"Tetapi posisi terbaiknya di sebelah kiri, posisi terbaik Hazard di sebelah kiri, begitu juga posisi terbaik Willan  adalah bermain di sebelah kiri tetapi saya hanya mempunyai satu tempat di sebelah kiri.
"Tentu saja ketiga-tiga mereka dapat bermain bersama tetapi salah seorang perlu menyesuaikan diri di posisi yang lain seperti yang dilakukan Callum dalam perlawanan ini selama 90 minit."
Hudson-Odoi telah mempamerkan aksi mengagumkan dalam saingan Liga Europa musim ini tetapi belum bermula dalam sebarang perlawanan liga untuk The Blues sehinggalah pada malam ini.
Mengenai mengapa dia memilih perlawanan menentang Brighton untuk memberikan permulaan pertama buat bintang 18 tahun itu, Sarri berkata: "Perlawanan ini sangat sesuai dengan dia.
"Biasanya mereka bertahan dengan sangat rendah dan ketat jadi dia mampu untuk bermula di posisi sayap dan untuk dia ada kemungkinan untuk bermain dalam situasi satu lawan satu beberapa kali dalam perlawanan itu." 
Untuk keputusan lain, Manchester City kembali memintas Liverpool sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris pada hari Rabu selepas mereka memperoleh kemenangan ke atas Cardiff City.