Pemain Legenda Liga Perdana Inggeris, Alan Shearer memberi sokongan kepada Lionel Messi untuk membawa Barcelona menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini.
Juara Sepanyol, Barcelona bakal menghadapi Manchester United di peringkat suku akhir pertandingan itu, setelah menyingkirkan Lyon dengan agregat 5-1 pada pusingan ke-16.
United menghasilkan prestasi yang luar biasa di Paris pada bulan lepas untuk mengalahkan PSG dan Shearer menegaskan bahawa pasukan Ole Gunnar Solskjaer 'tidak boleh dipandang rendah'.
Tetapi bekas penyerang England itu menjangkakan Barcelona akan layak ke pusingan seterusnya dan akhirnya mengangkat trofi untuk kali ke enam dalam sejarah mereka.
"Anda tidak boleh memandang rendah terhadap Manchester United selepas mereka berjaya untuk mengalahkan Paris Saint-Germain," kata Shearer kepada The Sun.
"Tetapi saya fikir Barcelona adalah terlalu kuat untuk mereka dalam dua perlawanan ini - terutama sekali dengan adanya Lionel Messi.
"Saya menjangkakan ianya Lionel Messi yang akan membuat perbezaan terhadap United dan dia adalah sebab saya fikir Barca mungkin akan memenangi kesemuanya.
"United dan Ole Gunnar Solskjaer layak untuk menghadapi Barca selepas apa yang mereka lakukan di Paris. Tetapi saya fikir ia akan menjadi satu langkah yang terlalu jauh untuk mereka.
"Dan saya fikir ia akan menjadi perkara yang sama untuk Ajax menentang Juventus kerana adanya Cristiano Ronaldo.
"Anda sudah dapat bayangkan Juventus bertemu Barcelona di perlawanan akhir, dengan dua pemain terbaik di dunia yang pernah kita saksikan, bersaing antara satu sama lain sekali lagi."
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan menghadapi Tottenham di peringkat suku akhir dengan mereka berhasrat untuk melengkapkan empat kejuaraan musim ini.
Tetapi Shearer tidak melihat City mampu mencapai prestasi itu, sambil menambah: "Empat kejuaraan masih aktif dan dengan sendirinya ia sesuatu yang mengagumkan. Tetapi saya masih tidak fikir mereka akan mendapatkannya.
"Saya dapat melihat mereka memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.
"Tetapi jika mereka berjaya mengalahkan Tottenham, saya fikir terlalu banyak kualiti dalam saingan Liga Juara-juara, terutama sekali Barcelona, dengan adanya Lionel Messi.
Sementara itu, Guardiola mengatakan, "hampir mustahil" bagi Manchester City untuk memenangi semua empat pertandingan ini.
"Kehidupan adalah satu keajaiban. Sukar untuk berada di sana," kata Guardiola selepas City menempah tempat di perlawanan akhir Piala FA.
"Tiada siapa yang pernah melakukannya [memenangi empat kejuaraan], jadi mengapa kita boleh melakukannya? Ia hampir mustahil untuk mencapai segala-galanya - itu adalah kebenaran."
Tiada ulasan
Catat Ulasan