Memphis Depay pasti ingin kembali ke Manchester United untuk membuktikan dirinya, menurut Robert Pires.
United melepaskan Depay ke Lyon pada awal tahun 2017 selepas pemain berusia 25 tahun itu gagal tampil cemerlang di Old Trafford di bawah dua pengurus berturut-turut.
Depay telah kembali menonjolkan dirinya di Perancis dengan beberapa persembahan yang menarik dan kini merupakan kesebelasan utama buat pasukan Belanda.
Penyokong United masih mengawasi perkembangan Depay sejak dia keluar dan Pires percaya pembelian semula penyerang itu boleh menjadi langkah yang besar untuk The Red Devils, sekiranya Depay kembali ke England dengan pasukan lain di Liga Perdana.
"Saya fikir Depay mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris dan dia merasakan bahawa dia mempunyai urusan yang belum selesai di England," kata Pires kepada Bwin.
"Ia tidak berhasil untuk dirinya di Manchester United dan Depay adalah pemain yang sangat membanggakan.
"Mungkin dia merasakan bahawa dia tidak diberi peluang untuk membuktikannya dan mendapatkan hak untuk kekal lebih lama memandangkan dia masih muda dan telah menunjukkan beberapa potensi yang tidak dapat diragukan.
"Depay mungkin mahu kembali ke Manchester United atau dia mungkin bermotivasi untuk membuktikan bahawa mereka salah dengan bermain untuk pasukan musuh yang lain di Liga Perdana Inggeris."
Depay telah berkali-kali berkata dia mahu bermain untuk kelab-kelab utama di Eropah dan menamakan Chelsea dan Manchester City sebagai destinasi yang berpotensi.
United telah memasukkan klausa beli balik dalam perjanjian Depay ke Lyon, ketika itu pengurus Jose Mourinho berharap penyerang itu dapat memenuhi potensinya di Perancis.
Tiada ulasan
Catat Ulasan