Kecemerlangan Ross Barkley, Dan Keberanian Southgate Turunkan Hudson-Odoi Membuahkan Hasil Untuk England!




Kedua-dua bintang Chelsea, Callum Hudson-Odoi dan Ross Barkley memberikan persembahan mengagumkan dalam kemenangan England ke atas Montenegro untuk membuktikan keputusan Gareth Southgate untuk memulakan pemain remaja itu adalah tepat dan membuat sindiran terhadap keengganan Maurizio Sarri untuk menggunakan pemain itu khususnya. 
Selepas tampil cemerlang selepas dimasukkan dari bangku simpanan menentang Republik Czech pada malam Jumaat, pemain berusia 18 tahun itu diberikan debut penuhnya dalam kemenangan selesa 5-1 ke atas Montenegro dalam perlawanan kelayakan Euro 2020, menggantikan Jadon Sancho di bahagian serangan Three Lions. 
Pada awalnya bermain di posisi sayap kanan, Hudson-Odoi menukar posisi ke bahagian kiri di pertengahan babak pertama dan terus mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, terutamanya pertahanan kanan Filip Stojkovic.
Selepas ketinggalan di belakang menerusi gol awal oleh Marko Vesovic, England kembali menyamakan kedudukan hanya 12 minit kemudian menerusi Michael Keane - yang bertanggungjawab melepaskan gol pembukaan pihak lawan- yang menanduk masuk hasil hantaran dari Ross Barkley. 
Kemudian ia giliran Hudson-Odoi untuk mengubah keputusan perlawanan dengan menarik, melepasi Stojkovic sebelum membuat hantaran yang muntah dan ditolak mudah oleh Barkley.
Pemain tengah itu menggandakan jaringannya tidak lama kemudian, meletakkan bola yang terlepas ke penjuru atas, sementara dia turut terlibat untuk gol keempat England, membuat hantaran tepat kepada Raheem Sterling yang melakukan bantuan untuk gol Harry Kane. Selepas jaringan hatriknya beberapa hari yang lalu, Sterling juga berada dalam senarai penjaring diminit akhir perlawanan. 
Terdapat ironi tertentu bahawa kemenangan England itu dijayakan oleh dua pemain iaitu Hudson-Odoi dan Barkley yang hanya merupakan watak sampingan di bawah Sarri di Chelsea.
Hudson-Odoi belum pernah bermula dalam saingan Liga Perdana, melakukan hanya enam penampilan sebagai pemain gantian musim ini, tetapi menjadi pemain termuda kedua sejak Wayne Rooney untuk memulakan perlawanan kompetitif bagi pasukan England. 
Seperti kata pepatah, jika anda cukup baik, maka anda sudah cukup matang, dan Hudson-Odoi membuktikan bahawa dia layak berada pada tahap ini pada sentuhan pertamanya, sementara kakinya yang cepat dan kebolehan menggelecek membantu memecah belahkan pertahanan Montenegro yang degil. Tidak ada pemain di atas padang yang mencipta lebih banyak peluang, dan tidak ada yang melengkapkan lebih gelecekan berbanding dia. 
Begitu juga, Barkley yang menjaringkan gol dan mempamerkan persembahan yang mengagumkan, tetapi telah memulakan hanya 11 perlawanan di Liga Perdana musim ini. Sekiranya masa Sarri di Chelsea berada di ambang pengakhiran, dia mungkin akan melihat kepada dua pemain England sebagai salah satu sebab utamanya.