Pengurus Chelsea Maurizio Sarri mengakui dia tidak menyukai rehat antarabangsa dan berkata tiga pemainnya telah kembali dengan merasa 'keletihan'.
Pengurus Itali itu mempunyai skuad yang berkurangan untuk berlatih dalam sepuluh hari terakhir ini kerana majoriti pemainnya bermain dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 dengan negara masing-masing.
Chelsea akan memasuki jadual yang padat musim ini di mana mereka bakal menghadapi Slavia Prague dalam saingan suku akhir Liga Europa dan berada dalam persaingan bersama empat pasukan untuk merebut dua tempat dalam kedudukan empat teratas liga musim ini.
Rehat antarabangsa adalah peluang bagi sesetengah pemain untuk mengembalikan semula kecergasan mereka tetapi Sarri berkata dia tidak menyukainya dan berkata Eden Hazard, N'Golo Kante dan Olivier Giroud telah kembali dalam keadaan 'keletihan' untuk sesi latihan.
Ditanya adakah rehat itu adalah masa rehat yang baik untuk para pemainnya, Sarri menjawab: "Bukan untuk saya, kita mempunyai pemain dalam keadaan keletihan sekarang.
"Kante, Giroud, Hazard, telah bermain tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari dan sekarang kita bukan berada di bulan Oktober, mereka akan lebih letih.
"Kita perlu kembali cergas. Saya mempunyai skuad keseluruhan hanya semalam. Saya nampak beberapa pemain keletihan.
Chelsea bakal menghadapi Cardiff City di Wales pada hari Sabtu ini sebelum menjadi tuan rumah kepada Brighton di Stamford Bridge pada pertengahan minggu hadapan.
Sarri berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk memberikan permulaan aksi Liga Perdana yang pertama buat Callum Hudson-Odoi selepas pemain remaja itu membuat debutnya untuk England dalam kemenangan ke atas Republik Czech Jumaat lepas.
Walau bagaimanapun, pengurus Itali itu berpendapat bahawa pemain sayap itu perlu bersaing dengan pemain seperti Pedro dan Willian untuk mendapatkan masa bermain.
"Kita perlu bermain lapan perlawanan dalam tempoh 28 hari, jadi dia akan bermula dua atau tiga perlawanan," kata Sarri.
"Untuk setiap pertandingan tidak ada perbezaan, jadi saya sangat yakin dengannya. Beliau telah bermula dalam banyak perlawanan.
"Tidak dalam Liga Perdana, tetapi ia tidak menjadi masalah bagi dia untuk memulakan perlawanan dalam aksi Liga Perdana, dia sudahpun bersedia.
"Tetapi saya hanya boleh bermain dengan dua pemain sayap, kami mempunyai Hazard, Pedro, Willian. Mungkin dalam masa terdekat dia akan bermula dalam 75 atau 80% perlawanan."
Tiada ulasan
Catat Ulasan