Mohamed Salah telah mendedahkan apa yang dikatakannya kepada Jurgen Klopp selepas kejayaan Liverpool yang menewaskan Tottenham pada hari Ahad dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Roberto Firmino membawa The Reds di depan menerusi tandukan pada babak pertama tetapi Spurs bangkit selepas separuh masa dan menjaringkan gol penyamaan melalui Lucas Moura.
Tottenham kemudian menyia-nyiakan beberapa peluang keemasan untuk mendahului pasukan tuan rumah sebelum Toby Alderweireld menjaringkan gol sendiri setelah kesilapan dari penjaga gol Hugo Lloris yang tidak menangkap kemas tandukan Mohamed Salah.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris, walaupun pesaing mereka Manchester City kekurangan satu perlawanan lagi berbanding The Reds.
Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Salah berkata: "Ketika saya masuk ke bilik persalinan, saya bercakap dengan pengurus.
"Saya berkata "tidak semestinya anda perlu bermain dengan baik. Perkara yang paling penting adalah mata. Pasukan besar sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan mata. Mungkin hari ini kami tidak memainkan permainan terbaik kami tetapi memenangi permainan ini adalah perkara yang paling penting."
Sementara itu, pengurus The Reds, Klopp berkata: "Saya agak tenang [selepas gol kemenangan] kerana ia adalah satu kejutan, keadaan itu. Saya melihat tandukan itu dan tiada ada apa-apa lagi. Saya tidak tahu bagaimana bola itu masuk.
"Saya tidak gembira bahawa kami melepaskan gol tetapi saya fikir kami memerlukannya sedikit. Pada babak pertama kami mempunyai peluang yang hebat dan menjaringkan gol yang cantik.
"Pada babak kedua kami kelihatan agak goyah dan tidak dapat bermain dengan baik. Mereka berubah sedikit sahaja. Kami tidak menyesuaikan diri dengan baik.
"Selepas gol Spurs kami mula bermain kembali. Kami mempunyai peluang yang lebih baik. Kami bersaing dengan pasukan terbaik di dunia [Manchester City] dan bermain menentang salah satu yang terbaik di dunia iaitu Tottenham - ia adalah satu tugas yang sukar. Itu semua berjalan dengan baik."
Pengurus itu juga menambah: "Kami boleh bermain bola sepak yang lebih baik tetapi pada babak pertama kami mempunyai banyak situasi-situasi yang baik. Di babak kedua tidak begitu banyak tetapi kami menjaringkan gol - 2-1, jadi ianya cemerlang!
"City adalah juara tahun lalu dan mereka masih bagus. Kita perlu berjuang sehabis mungkin. Para peminat begitu luar biasa. Mereka berada di sini untuk menyokong kami dan pada akhirnya ia membantu.
"Ianya hanya sesuatu yang positif. Saya berkata terdapat 500 cara untuk memenangi permainan bola sepak dan hari ini ia agak buruk. Siapa yang peduli?
"Saya sangat gembira kerana kami tidak mempunyai rehat sekarang. Kami bersaing dengan pasukan terbaik di dunia untuk satu kedudukan dan itu benar-benar sukar."
Tiada ulasan
Catat Ulasan