'Bintang Liverpool Sadio Mane Telah 'Bersedia' Bermain Untuk Real Madrid' - Oriol Romeu




Bintang Liverpool Sadio Mane telah 'bersedia' bermain untuk Real Madrid, menurut Oriol Romeu dari Southampton. 
Pemain antarabangsa Senegal itu muncul sebagai pemain utama untuk The Reds sejak meninggalkan St Mary tiga tahun yang lalu. 
Pemain berusia 26 tahun itu menikmati musim paling mengagumkan di Liga Perdana Inggeris musim ini, menjaringkan 11 gol dalam 11 penampilan terakhirnya untuk membantu Liverpool melonjak ke puncak Liga. 
Laporan mencadangkan bahawa Real Madrid akan cuba untuk menandatangani Mane musim panas ini dan apa yang akan menarik perpindahan penyerang itu ke Bernabeu adalah untuk bermain di bawah Zinedine Zidane.
Pemain tengah Sepanyol itu, Romeu, yang pernah bermain bersama Mane ketika di Southampton, percaya bekas rakan sepasukannya itu telah 'bersedia' untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol tersebut. 
"Dia sudah sedia," kata Romeu ketika ditanya tentang spekulasi yang menghubungkan Mane dengan perpindahan ke Real Madrid. 
"Madrid agak lemah di bahagian serangan dan dia jenis pemain yang mampu melakukan banyak masalah di ruang yang terbuka. 
"Dia boleh membantu mereka menterbalikkan keadaan semasa mereka. Dia boleh membawa variasi dalam serangan, tetapi dia bukan penjaring gol yang prolifik seperti Cristiano Ronaldo, yang jauh lebih baik dari mana-mana pemain [penyerang lain]."
Ditanya mengenai kualiti Mane secara khusus, Romeu memberitahu Marca: "Apa yang saya perlu saya katakan, mendahului semua, adalah kelajuannya. 
"Dia pemain yang sangat elektrik dan lincah. Dia mempunyai kualiti fizikal dan teknikal yang luar biasa. 
"Di Liverpool dia telah berkembang dengan banyak. Musim ini, dia menikmati musim terbaiknya di hadapan gol. 
"Saya fikir dia telah mendapatkan ketenangan dan dapat dilihat apabila dia melakukan penyudah, sama ada menjaringkan gol atau melakukan bantuan. Itulah kuncinya."
Sadio Mane dan Liverpool bakal menghadapi Tottenham di Anfield pada petang Ahad ini.