Daniel Agger Jelaskan Apa Yang Membezakan Virgil Van Dijk Dengan Pemain Pertahanan Yang Lain!




Virgil van Dijk mungkin tidak memiliki kekurangan dari segi kekuatan atau kebolehannya, tetapi Daniel Agger percaya kepimpinannya telah menjadi aspek yang paling penting dalam persembahan hebat bintang Belanda itu musim ini untuk The Reds,
Pemain berjersi no.4 itu telah menjadi kunci utama di bahagian pertahanan Liverpool yang hanya dibolosi 18 gol dalam 31 perlawanan Liga Perdana Inggeris, sementara dia hanya terlepas satu aksi perlawanan Liga Juara-Juara dengan pasukan bimbingan Jürgen Klopp itu telah berjaya layak ke suku akhir dan bakal bertemu FC Porto .
Selepas hampir tiga tahun dari persaraannya, Agger - yang turun bermain dalam kemenangan Liverpool FC Legend's  3-2 ke atas Milan Glorie di Anfield pada hari Sabtu - telah memberi pandangan kepada penggantinya di pertahanan tengah The Reds.
Dan bekas pertahanan Liverpool dan Denmark itu menyukai apa yang ditampilkan oleh Van Dijk setakat ini.
"Perkara pertama adalah, apa yang diperlukan oleh Liverpool: pemimpin, pemain bola sepak yang berbakat, pemain pertahanan yang kuat, dan seseorang yang pemain lain mampu harapkan," kata Agger kepada Liverpoolfc.com.
"Saya fikir ia adalah perbezaan terbesar yang telah dibuat oleh dia (Van Dijk). Dia jelas seorang pemain bola sepak yang hebat tetapi dia juga merupakan watak yang baik yang ada dalam pasukan, perwatakan yang kuat dan seorang pemimpin.
"Semua pasukan bola sepak memerlukan pemimpin, dan jika anda kekurangan perkara itu, anda tidak akan mempunyai konsistensi yang diperlukan dalam Liga Perdana. Jadi ianya sangat mengagumkan, dan saya merupakan peminat besarnya."