Marcus Rashford Mahu Kekal Di United Dan Tidak Berminat Untuk Perpindahan Bernilai £ 100 juta Ke Barcelona!




Penyerang Manchester United Marcus Rashford tidak 'berminat' untuk meninggalkan kelab itu walaupun laporan mengatakan bahawa Barcelona membuat tawaran perpindahan sebanyak £ 100 juta untuk dirinya. 
Kelab gergasi La Liga itu dikatakan melihat Rashford, yang berusia 21 tahun, sebagai pengganti jangka panjang untuk Luis Suarez yang kini berusia 32 tahun pada bulan Januari. 
Rashford akan tamat kontrak semasanya pada tahun 2020 - walaupun United mempunyai pilihan untuk memperpanjangkannya kepada 12 bulan lagi - dan penyerang itu masih belum lagi bersetuju untuk menandatangani kontrak jangka panjang yang baru walaupun beberapa bulan rundingan. 
Ketibaan Ole Gunnar Solskjaer telah memberi sinar baru buat Rashford, yang telah diberi kepercayaan oleh pengurus Norway itu untuk bermain di posisi penyerang tengah.
Tawaran dari Barcelona, bagaimanapun, sukar untuk ditolak oleh mana-mana pemain dan Rashford tahu ia akan memberikannya peluang untuk bermain bersama-sama dengan Lionel Messi yang kini di penghujung kerjayanya. 
Walau bagaimanapun, Mirror melaporkan bahawa Rashford tidak mempunyai keinginan untuk meninggalkan kelab dari zaman remajanya itu dan akan menolak perpindahan ke Camp Nou.
Rashford terpaksa disisihkan dari perlawanan kelayakan Euro 2020 bagi pasukan England menentang Republik Czech dan Montenegro selepas mengalami kecederaan buku lali. 
Solskjaer berharap bahawa penyerang itu akan kembali cergas sepenuhnya untuk pertembungan Sabtu ini menentang Watford di Old Trafford tetapi dia juga dalam situasi cemas menunggu untuk mengetahui tahap kecergasan pemain lain seperti Luke Shaw, Romelu Lukaku, Anthony Martial dan Nemanja Matic.