'Xherdan Shaqiri Masih Belum Mampu Mengisi Tempat Philippe Coutinho' - Jurgen Klopp




Jurgen Klopp berasa yang Xherdan Shaqiri akan dapat bermain pada kedudukan yang sama dengan bekas bintang Liverpool, Philippe Coutinho suatu hari nanti. 
Pemain antarabangsa Switzerland itu mempunyai impak segera bersama peminat Liverpool dan kini turun beraksi, dan menjaringkan gol, serta kerap disenaraikan untuk pasukan Jurgen Klopp. 
Liverpool menjual Coutinho ke Barcelona setahun yang lalu dengan nilai £ 142 juta, dan kemudian membeli Shaqiri untuk hanya £ 13 juta pada musim panas yang lalu.
Shaqiri telah dipuji oleh para peminat dan pakar kerana telah membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Coutinho, tetapi Klopp menegaskan bahawa pemain berusia 27 tahun itu masih belum bersedia untuk melangkah ke posisi bekas bintang Brazil itu. 
"Kami perlu mencari posisi untuk dia (Shaqiri)," kata Klopp kepada Sky Sports. 
"Ia sangat baik, kami mencubanya dengan formasi 4-3-3, dan dia tidak boleh bermain di sana lagi sebagai pemain tengah menyerang.
'Anda tidak mahu memaksa pemain bermain di satu keduduan, anda mahu menonjolkan kekuatannya, bukan di mana dia tidak sesuai. 
"Kualiti utama Xherdan jelas sekali merupakan kualiti serangan -mencipta, merembat, penyudah, berada di antara garis pertahanan- dan dalam kedudukan separuh padang, terdapat banyak kerja pertahanan yang perlu dilakukan. 
"Dia boleh melakukan itu dan dia menjadi semakin baik hari demi hari dan mungkin satu hari nanti, dia boleh bermain seperti Phil (Coutinho) mampu bermain di setengah tahun terakhir dia berada di sini."
Liverpool hampir tidak merasakan ketiadaan Coutinho musim ini dengan The Reds kini berada di puncak Liga Perdana dan tujuh mata di hadapan Manchester City. 
The Reds akan bertandang ke City dengan tujuan untuk menjarakkan jurang mata kepada 10 mendahului juara bertahan itu dan meletakkan mereka di kedudukan yang selesa untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka yang pertama sejak sekian lama.