Unai Emery berasa kagum dengan reaksi Mesut Ozil yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan tempatnya semula di Arsenal.
Pemenang Piala Dunia itu dinamakan sebagai salah satu daripada lima kapten di bawaha Unai Emery pada permulaan musim ini tetapi telah mengalami kesukaran untuk memenangi tempat di bawah pengurus barunya itu.
Ozil tidak diturunkan dalam perlawanan baru-baru ini menentang Tottenham dan Bournemouth atas sebab-sebab taktikal dan juga bergelut dengan kecederaan belakang dan lutut yang dialaminya yang menyebabkan dia juga terlepas dua perlawanan terakhir Arsenal.
Menurut Standard Evening, Emery telah terkesan dengan reaksi Ozil terhadap situasi yang mencabar dan berkelakuan dengan sangat profesional yang patut dicontohi, tidak seperti Alexis Sanchez yang menjadi pemain yang mengganggu dan memecahkan keharmonian di bilik persalinan sebelum dia memaksa untuk perpindahan ke Manchester United hampir 12 bulan yang lalu.
Ozil menandatangani kontrak jangka panjang yang lumayan sejurus selepas perginya Sanchez dan agennya, Dr Erkut Sogut, menegaskan awal minggu ini bahawa Ozil tetap gembira berada di Arsenal walaupun bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehendak Unai Emery.
"Saya lebih suka untuk tidak bercakap secara terbuka mengenai situasi Mesut, tetapi memandangkan spekulasi baru-baru ini yang menghubungkannya dengan perpindahan keluar dari Arsenal, saya rasa penting untuk memberikan penjelasan supaya kita dapat mengakhiri ini dan fokus pada bola sepak," Dr. Erkut Sogut memberitahu Goal.
"Mesut menandatangani kontrak baru pada Januari lalu kerana dia melihat masa depannya di Arsenal dan tidak ada perubahan dalam pemikirannya. Dia mahu kekal selama tempoh kontrak itu dan mungkin lebih lama lagi.
"Mesut adalah 100 peratus komited untuk Arsenal Football Club. Dia sukakan kelab ini, berkongsi nilai-nilainya dan tidak mahu berada di tempat lain.
"Dia bangga menyarung jersi dan mewakili Arsenal di dalam dan di luar padang. Dia mengambil tanggungjawabnya - termasuk dipilih sebagai salah seorang kapten musim ini - dengan sangat serius dan mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sepasukannya, staf dan para peminat.
"Pada tahun lepas, terdapat pergolakan besar bagi semua pemain di kelab ini dan separuh masa pertama musim ini belum sempurna untuk Mesut.
"Dia mengalami kecederaan dan sakit, dan bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan sistem yang berbeza yang digunakan oleh pengurus Unai Emery. Ini mungkin mengambil masa, tetapi Mesut akan memberikan segala yang dia ada untuk membantu menjadikannya berjaya dan membawa kejayaan kepada Arsenal. "
Tiada ulasan
Catat Ulasan