Sergio Aguero Tegaskan City Tidak Akan Ubah Cara Bermain Untuk Kalahkan Liverpool!




Sergio Aguero menegaskan bahawa Manchester City tidak akan mengubah gaya permainan mereka untuk mencuba dan menghalang segala ancaman Liverpool apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada hari Khamis ini. 
Liverpool akan bertandang ke Eithad dengan mendahului tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris dan Pep Guardiola telah mengakui bahawa City perlu mengalahkan The Reds untuk memastikan peluang bagi merapatkan jurang mata itu. 
Tiga kekalahan mengecewakan pada bulan Disember telah menyaksikan City ketinggalan jauh di belakang Liverpool, tetapi Aguero percaya perlumbaan merebut kejuaraan itu masih berjalan.
City adalah juara bertahan dan Aguero berpendapat Sky Blues mempunyai gaya permainan untuk mengalahkan Liverpool. 
"Kami berada hanya pada bulan Januari dan masih banyak permainan Liga Perdana di hadapan kami dan dari segi pemerhatiannya, ada tiga atau empat pasukan bersaing untuk memenangi kejuaraan. Ia akan berterusan hingga ke akhirnya," katanya. 
"Musim ini telah menunjukkan, sekali lagi, bahawa Liga Perdana adalah antara liga yang paling kompetitif di dunia.
'Perkembangan Liverpool sebagai satu pasukan boleh dikesan dari beberapa tahun yang lalu. Persembahan mereka di Liga Juara-Juara adalah bukti untuk itu, dan mereka bermain dengan sangat baik dalam Liga Perdana musim ini. 
"Tetapi tumpuan kami harus kepada permainan kami sendiri. Kami yakin dengan gaya permainan kami dan kami percaya ia adalah yang paling berkesan untuk membawa kami kepada kemenangan.
"Ini adalah bola sepak, dan apa-apa sahaja boleh berlaku, tetapi kami akan bermain seperti yang kami selalu bermain kerana telah ia memberikan kami prestasi yang baik. "
Liverpool melangkah ke dalam perlawanan penting itu dengan kemenangan besar 5-1 mengalahkan Arsenal, sementara City kembali bangkit dari kekalahan berturut-turut dengan kemenangan ke atas Southampton dalam perlawanan terakhir mereka.