Unai Emery Akui Arsenal Memerlukan Persembahan Mesut Ozil Dalam Kemenangan Menentang Burnley Di Setiap Perlawanan!




Unai Emery memuji Mesut Ozil atas persembahannya yang cemerlang menentang Burnley dan berkata ia menunjukkan apa yang boleh dibawa oleh bintang Jerman itu untuk Arsenal. 
Ozil memulakan perlawanan Liga Perdana pertamanya dalam tempoh enam minggu menentang pasukan Sean Dyche dan menghasilkan gol hebat untuk gol pembukaan Arsenal menerusi Aubameyang.
Bekas pemain antarabangsa Jerman itu memberikan impak positif sepanjang perlawanan dan gol di babak kedua dari Aubameyang dan Alex Iwobi menyaksikan Arsenal memperoleh kemenangan 3-1. 
Ditanya mengenai persembahan Ozil berikutan kemenangan itu, Emery berkata: "[Dia bermain] dengan baik. Kami mahukan Mesut seperti hari ini."
Ditanya sama ada prestasi ini akan memberi jaminan lebih banyak masa bermain untuk Ozil, Emery menjawab: "Hari ini kami menang, esok kami akan bercuti. Isnin kami bersedia untuk Boxing Day. Ini adalah semua yang kita fikirkan. "
Sementara itu pengurus Burnley, Dyche, memberi kritikan kepada pengadil selepas kekalahan mereka di utara London. 
Dia berkata: "Bukan bukanlah keputusan 3-1, saya fikir semua akan bersetuju dengannya. Kami melepaskan gol dengan mudah dan salah satunya jelas sekali adalah offside.
"'Apabila anda datang ke sini, anda memerlukan keputusan dan banyak keputusan hari ini adalah bertentangan dengan kami. 
"Ashley Barnes terkena siku di mukanya menerusi pergerakan yang tidak wajar sebelum pemain itu pergi tanpa dikenakan layangan kad.
"Terdapat tolakan dua tangan yang jelas kepada Kevin Long tetapi penalti tidak diberikan kerana dia terjatuh secara semula jadi. Kami telah melalui 60 perlawanan tanpa penalti sekarang. 
"Kami harus mengubah persembahan yang baik kepada keputusan yang baik."
Arsenal bakal menghadapi Brighton pada Boxing Day sebelum mengakhiri tahun 2018 dengan membuat perjalanan ke Anfield untuk menentang pendahulu Liga Perdana Liverpool.