Paul Pogba Adalah Pemain Tengah Terbaik Di Eropah Menurut Phil Neville!




Phil Neville memuji persembahan Paul Pogba selepas menjaringkan dua gol menentang Huddersfield, dengan mendakwa bahawa pemain Perancis itu adalah 'pemain tengah terbaik di Eropah pada zamannya'. 
Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan tujuh gol untuk musim ini dengan dua gol yang dijaringkannya dalam kemenangan 3-1 United menentang The Terriers di Old Trafford. 
Pogba kembali berada di kesebelasan utama sejak pelantikan Ole Gunnar Solskjaer dan pengurus Norway itu menyatakan salah satu tugas pertamanya adalah untuk menaik semula keyakinan pada pemain tengah tersebut. 
Jose Mourinho mengalami perselisihan bersama Pogba dalam 12 bulan terakhirnya di Teater of Dreams dan tidak menurunkan pemain tengah itu untuk perlawanan terakhirnya sebagai pengurus kelab yang menyaksikan The Red Devils tewas 3-1 di Anfield.
Dan Neville percaya tiada siapa yang lebih baik daripada Pogba dalam posisinya apabila dia sedang dalam prestasi yang baik. 
"Paul Pogba pada harinya adalah pemain tengah terbaik di Eropa," kata Neville kepada Match of the Day.
Pogba telah bermain sepenuh masa dalam dua perlawanan pembukaan Ole Gunnar Solskjaer setakat ini dan dijangka akan bermula sekali lagi menentang Bournemouth di Old Trafford pada hari Ahad.
United masih ketinggalan lapan mata dengan pasukan di tangga keempat liga tetapi dengan keputusan seri Arsenal menentang Brighton mendekatkan jurang mata kepada enam mata dengan pasukan di tangga kelima itu.